Buy 1 Free 1 Zus Coffee

 

Minggu lepas kakak datang rumah, memang happy lah saya ada kawan saya boleh lepak bersama - sama. Kakak dengan saya suka berjalan - jalan buang masa. Haha. 

Hari Jumaat itu kami pergi dahulu ke Hospital Serdang untuk ambil dokumen tuntutan wang hasil bedah tapak untuk buat pinggang daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Kemudian, pergi ke Putrajaya dan jumpa pihak yang berkaitan untuk luluskan dokumen. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Laju juga saya jawab semua soalan Encik Pejabat tu. Nasib baik dia tangkap dengan apa yang saya cakap. haha.

Kemudian, kami pergi ke rumah Puchong pula. Bersihkan rumah itu. Angkut sebanyak sampah yang kami boleh. Penatt juga kami turun naik turun naik tangga rumah flat tu. Nasib baik tingkat 2 sahaja. Bayangkan kalau tingkat 4 ? Mahu lagi parah kaki banyak kali turun naik turun naik tangga.

Selepas itu, kami pergi ke IOI Mall, Puchong. Cadangnya nak makan makanan sedap, tetapi..... tiada yang menarik dekat IOI Mall, Puchong tu. Kalau ada pun, mostly restaurant cina. Tak boleh lah nak merasa kan? Last - last, kami pergi sahaja dekat boat Noodle. Tak menyempat tangkap gambar, sebab dah lapar sangat. Kami makan tengah hari dalam jam 3.00 petang time tu, Memang lapar teruk lah kan.

Selepas itu, tekak ras nak coffee sangat - sangat. Tiba - tiba nampak Zus Coffee. Memandangkan kakak first user, dia tak pernah beli Zus Coffee. Apa lagi kita manfaatkan lah Buy1Free1 dari dia. Lama juga lah kami nak dapatkan, sebab tetiba internet tiada lah. Install App lama lah. Lama - lama pun akhirnya dapat juga.




Kami beli dua kopi yang berbeza iaitu Ice Spanish Latte dan Ice Salted Caramel Macchiato. Rasa dua dua ni lebih kurang cumanya saya rasa Ice Spanish Latte lebih manis. Rasanya sebab dia guna full cream milk juga dalam Ice Spanish Latte ni.

Catat Ulasan

23 Ulasan

  1. Tengah panas dapat ice coffee/ latte memang best sangat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Okay ni betul sangat betul. haha lagi lagi kalau nak cari mood, coffee adalah mood saya

      Padam
  2. ZUS ni memang sedap! Rasa dia tak heavy sangat..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. So far saya tak tahu favourite coffe saya startbuck ke, Zus keee haha sbb jarang merantau beli coffee ni

      Padam
  3. Tak pernah lagi minum Zus coffee ni tapi pernah minum ala ala Ice Salted Caramel Macchiato tu jenama lain. Okay jugak kan buy 1 free 1 untuk first timer beli. Kira upah mengemas rumah tu. Tingkat 2 tu jenuh jugaklah nak turun naik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau kak fiza nak minum nanti gunakan apps and promo BUY1FREE1 . Baru syiokkkkkk.

      Padam
    2. Baiklah, kalau ada rezeki boleh berzus coffee pulak :)

      Padam
  4. Akak tak pernah lagi cuba Zus coffee ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti nak guna jangan lupa beli by apps tau. BUY1FREE1

      Padam
  5. sedapnyaaa kopi! untung la jgk buy 1 free 1..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, kami beli pun sebab ada buy 1 free 1 , kalau tak, takdenya nak beli hahaha

      Padam
  6. Pertama kali dengar nama Zus Coffee.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zus Coffee ni pun memang baru sangat bertapak dekat Malaysia. Rasanya macam baru 2 tahun

      Padam
  7. Selalu nampak kawan pos Zus coffee..teringin nak rasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa lagi cuyaa dapatkan skrg. Jangan lupa guna promo dekat apps BUY1FREE1

      Padam
  8. First time dengar nama Zus Coffee. Nampak sedap!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ramai yang first time dengar. Lagipun Zus Coffee ni baru je bertapak dekat Malaysia dalam dua tahun tak silap.

      Padam
  9. Balasan
    1. HAHA, Betul mahal. Minum sekali sekala boleh lah kan, beli pulak dengan buy1free1 .

      Padam
  10. 1st time ammi dengar Zus Coffee..
    once a while why not??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zus Coffee ni antara coffee yang baru je bertapak di Malaysia tak silap.

      Padam
  11. 1st time sy beli kopi ni kt ioi puchong jg. try gula melaka apa ntah dgn kopi. aduhhhh rasa diaaa... mcm serik je nk beli lg. x tau laa knape x sedap. rs pelik. tp x pe nnt sy try yg nadia beli ni

    BalasPadam
  12. untung nye ada free 2 mmg berbaloi sgt

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.