Hobi Baru: Roller Skating

 

Bosan asyik buat aktiviti yang sama dekat rumah ini, kita pun cari lah mana - mana aktiviti yang boleh dibuat. Nampak ada orang main roller skating dekat instagram, kita pun apa lagi terus lah beli juga. Lama juga fikir nak beli ke tak nak. Sebab bukan pandai main pun kan. Tapi pernah main zaman dulu benda ni. Dah lama sangat rasanya dalam darjah 1 dan 2 gitu. Itu pun main kawan punya.

Disebabkan memang dah bosan dengan rutin harian, memang cekalkan hati habiskan duit beli benda yang tak pernah ada dalam list ini. Lama juga lah nak tunggu roller blade ni sampai. Dalam seminggu juga lah. Nasib baik juga saiz EU 37 ini ada. Sebab banyak juga saiz yang dah sold out. Kalau tak memang tak beli dah roller blade ini. Sebab roller blade ini je yang paling murah, yang lain semuanya bernilai RM200+++, tidak sesuai untuk orang yang main sekadar fun - fun.

Asalnya, saya mencari juga warna pink, tetapi tiada. Warna grey pun lawa juga hehehe. Hari pertama main dah ada kotor - kotor. Rasa sayang sangat - sangat. Tetapi nama pun kasut untuk outdoor kan mestilah kena kotor. 

Minggu pertama ini, saya memang fokuskan posture badan dan juga cara nak berjalan dengan roller blade ni. Sakit macam buat squad kalau posture badan. Manakala roller blade ni boleh tahan berat juga, termengah - mengah juga saya bila main.

Jatuh? Jangan cakap banyak kali juga saya jatuh. Sampai mak abah risau. Tetapi tidaklah sakit mana sebab saya jatuh tu ada knee pad. Rasa macam jatuh atas bantal gitu.

Saya akhiri post ini dengan video saya.
 


Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. tak pernah pandai main bende alah ni dr kecik sampai 'masih kecik' ni..
    masa gi ice skating pun sampai lencun baju ammi sebab 88 kali jatuh tergolek

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak amni kira eh 88 kali jatuh tu. hehehe. sakit tu jatuh banyak kali

      Padam
  2. Teringat masa kecil main kat kampung rumah makcik. Tak reti nak balance. itulah pertama dan terakhir kali main roller blade.

    BalasPadam
  3. Sounds funny:) thanks for your sharing...

    BalasPadam
  4. Wahh best ni main rollerblades. Cantik gak warna grey tu. Dulu zaman sekolah suka main. Lagi lagi bila jalan depan rumah bukit. laju meluncur. Dok bandar ni takde kawasan pulak. kalau tak boleh join nadia sekali. Rindu nak main ice skating tiberrr

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau bukit tu memang best main sebab laju je jatuh ke bawah. Tapi memang kena pandai lah nak break kalau tak habis lah jatuh tu nanti

      Padam
    2. Gabra kalau tak dapat control. Mujur dulu tak pernah jatuh lagi.

      Padam
  5. Dah lama tak main. Sama la last main masa sekolah rendah. Trending masa tu di kampung so abah bawa pergi beli yg murah di bundle pasar malam sbb takut anak-anak dia sedih takde roller skate mcm orang lain. Tp asyik fikir takut jatuh je so last sekali saya tak main pun 😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau main then jatuh memang boleh buat kita ggive up. Yang ni memandangkan dah duit sendiri tak boleh give up dah ahahha

      Padam
  6. wow terbaik.. mama tak reti roller skating ni. seronok tgk org main

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.