
Ha dekat tiktok tiba tiba lalu orang masak cekodok pisang, kita pun apa lagi, jadi curious dengan diri sendiri boleh masak cekodok pisang ke tak (tiba tiba jadi sesi uji diri sendiri).
Kalau beli cekodok pisang dekat luar selalunya banyak tepung berbanding pisang tu, itu yang kadang kadang bila nampak orang jual cekodok pisang, mesti akan nilai warna dan bentuk tu. rasanya kita boleh agak kan cekodok tu lebih tepung atau tak.
Hasil tonton hampir 10++ video dekat tiktok, saya mengambil keputusan untuk memilih resepi yang hanya menggunakan bahan pisang , tepung beras, dan tepung gandum.

Dah best lenyek pisang, campurkan bahan semua, bila nak masak tengok minyak masak tinggal sikit sangat. Nak pergi beli baru kitanya dah malas nak keluar. Guna lah periuk kecik ni untuk masak. Makan masa juga lah sebenarnya. Tapi pada masa yang sama kuali kecik ni jimat minyak, tak banyak minyak dibazirkan.

Sepanjang process masak tu, ada chloe menilai setiap step masakkan. Mesti dia rasa kenapa lah tuan dia ni ada je idea nak teruskan misi memasak.

Inilah kejadiannya cekodok pisang! Jadi tapi ada certain part hangit pula. Lepasni boleh kurangkan hangit. Yang penting rangup diluar, lembut di dalam!!!!
Kalau korang prefer cekodok pisang tu bulat bulat ke? Atau okay ke macam macam bentuk?


0 Ulasan
Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.