Kadang-kadang rasa bosan sarapan benda yang sama. Balik - balik asyik roti + telur rebus. Muak-muak. Jadi berniatlah beli noshu sugar free pancake. Saya pernah nampak ada seorang tiktoker beli pancake seperti ini, tapi yang warna biru di mana ia bukan sugar free. Sekali jumpa yang ini sugar free! Excited lah. Lagi-lagi dengan orang yang memang nak kurangkan pengambilan gula.
Noshu Sugar Free Pancake ada tiga perisa iaitu protein, low carb dan buttermilk. Saya membeli perisa buttermilk!
Bahan-Bahan Noshu Sugar Free Pancake
Dekat atas ni bahan-bahan yang ada dalam Noshu Sugar Free Pancake. Boleh semak betul-betul, lagi - lagi bagi yang mana - mana ada alergi.
Rasa Noshu Sugar Free Pancake
Jujur nak cakap nak buat review yang ini agak susah sebab rasanya sama sahaja kalau kita beli tepung pancake dekat pasar raya, tiada apa pun yang kurang. Boleh dimakan begitu sahaja.
Cara Masak Noshu Sugar Free Pancake
Cara nak buat sangat mudah. Anda hanya perlukan 250 ml air dan 1 sudu butter yang telah dicairkan. Kemudian gocang sehingga sebati, pastikan tiada ketul - ketulan.
Macam saya, saya letak dalam bekas sos cili jadi bila letak sangat mudah. Anda hanya perlu letak ke atas non-stick pan dan selamat memasak!
Pengalaman Pertama Saya Memasak
Haha, bila anda semua tengok gambar di atas dah tahu dah hancur betul saya memasak pancake buat kali pertama ini.
Proses saya memasak bermula daripada bahagian belah kiri di bawah sekali itu ada lah pancake pertama saya, atasnya adalah yang kedua, atasnya yang ketiga, dan bahagian kanan itu adalah yang keempat.
Lihat, saya ada peningkatan dalam memasak kali ini.
Kali keempat saya masak, jadi pun rupa pancake yang sebenar. Walaupun tak sama macam dalam gambar packaging, sekurang kurangnya ada peningkatan kan? Haha
16 Ulasan
Wow, 98% sugar free tu!
BalasPadamSebab itu kita beli sebab betul betul nak cut sugar
Padamohhh nnt nak try cari ni la.
BalasPadamTakpe, cuba lagi.He3.Praktis make perfect😁💕
BalasPadamhaha, kann , kita belajar je memasak steady. lama lama mesti akan pro gitu
PadamVery convenient pancake mix. I love pancakes with honey or jam.
BalasPadamSalam, sugar free, bagus tu, nampak sedap.
BalasPadamwahh sedapnye makan time breakfast ni..panas2 plak tu
BalasPadamOh boleh try nanti ni!
BalasPadamkak rabia tak pernah cuba lagi ni
BalasPadamsenangnya isi air/susu aje dlm botol kan. boleh try ni sebab dia sugar free
BalasPadamPractice makes perfect ye..tahniah..hehe..senanglah ber-breakfast english menu lepas ni :P
BalasPadamsy ada nampak kat IG. menarik! bolehlah try nnt����
BalasPadamMenarik sugar free. Boleh cuba. Kalau saya buat pancake lebih mudah tanpa guna acuan. Curah adunan atas non stick pan agak agak saiz dia. Takpe, pasni kejadian akan lebih baik. Sedap campur potongan buah pisang.
BalasPadampractice makes perfect! saya dulu first buat pancake pun buruk mcm mengkarung
BalasPadamNampak tak menjadi tp kalau sedap tu ok lah. Janji kenyang heheh. Boleh cuba lg nanti
BalasPadamSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.