Merdeka Giveaway by TarotTheFool

 

Sempena hari ini adalah Hari Merdeka yang ke-64, saya memilih untuk menyertai Merdeka Giveaway by TarotTheFool. Ini adalah giveaway kali kedua yang saya pernah sertai sepanjang menjadi seorang blogger. Saya harap ada peluang cerah untuk menjadi insan bertuah memenangi giveaway ini.

Selagi belum 11.59 malam (31 Ogos 2021), anda yang tidak sertai giveaway ini masih mempunyai peluang. Kalau nak sertai boleh terus ke https://tarotthefool.blogspot.com/2021/07/merdeka-giveaway-by-tarotthefool.html. [Update: Link dah dihapuskan oleh penganjur]

Apa yang saya ingin lakukan sekiranya tamat PKP ?

Soalan ini sangat menarik untuk dijawab, perkara yang saya ingin lakukan ialah percutian tiga hari dua malam, empat hari tiga malam ataupun selama seminggu bersama kawan - kawan rapat saya di Universiti Malaya.

Saya nak main pelbagai permainan dengan mereka seperti "Uno Card, Jutaria, Monopoly, Hiking, Mandi - Manda di Taman Tema Air dan sebagainya". Tidak dilupakan makan - makan besar bersama mereka. Banyak perkara yang kami tidak dapat lakukan sepanjang begelar mahasiswa universiti oleh disebabkan pandemik Covid 19 melanda dunia. Rasa habis tenaga muda yang boleh digunakan untuk buat aktiviti selain duduk depan laptop. Malah, perkara paling sedih, kami berpisah tanpa ucapan atau bahasa lebih mudah a proper goodbye. Tahu - tahu kami tiada peluang untuk bertemu kembali.

Pejam Celik, Pejam Celik, saya hanya tinggal satu sem sahaja, dan sem akhir ini akan dilaksanakan secara online. Rasa sekejap sahaja Allah pinjamkan mereka kepada saya secara fizikal. Saya juga terdetik banyak kali tertanya "Bila lagi saya akan dapat berjumpa dengan mereka?". 

Saya percaya rata - rata pembaca blog saya merupakan para ibu - ibu ataupun seorang insan yang dah lama keluar daripada alam universiti ini mesti dah lama kan tak jumpa kawan - kawan dekat universiti ? Saya pun akan ke zaman dimana sukar untuk berjumpa dengan mereka, 

Kita akan mula bekerja, mula mempunyai banyak tanggungjawab (giliran kita nak berbakti kepada ibu bapa, giliran kita pula mengumpul wang untuk masa depan, giliran kita pula nak cari jodoh untuk kahwin [HAHA] ). Jadi macam sukar untuk kita ada masa terluang dengan begitu banyak untuk kita bersama - sama rakan - rakan di alam universiti. Apatah lagi buat insan yang rakan - rakan berada di negeri lain. Saya kira pertermuan akan berlaku pada majlis perkahwinan :')

Saya harap negara Malaysia akan mencapai herd immunity dengan cepat. Saya nak meluangkan masa dengan mereka sebelum kesemuannya membuat keputusan untuk perjalanan hidup masing - masing.

Akhir kata, Selamat Hari Merdeka ke - 64 !

Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. Senoga berjaya. Jika berpeluang boleh ber reunion. Selamat hari merdeka.

    BalasPadam
  2. Good luck Nadia.. All the best..
    Bila nak berakhir pandemik ni pun tak pasti. Nak berkumpul dengan keluarga dan rakan rakan. Rindukan nak sharing semua tu.

    Apapun #UMisOne.. Hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok kejap kejap. #UMisOne ni kita bertemu dengan alumni UM ke ni. HAHAHAHA

      Padam
  3. Percutian paling dinantikan. Tak sabar nak habis PKP.
    Semoga ada rezeki Nad menang giveaway ni. Aaminn...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tak sabar nak habis PKP dan pergi bercuti. Nanti dah start pikul tanggungjawab susah nak rasa begini

      Padam
  4. Terima kasih kerana join Merdeka Giveaway, boleh semak senarai pemenang di link di bawah

    https://tarotthefool.blogspot.com/2021/09/pemenang-pemenang-merdeka-giveaway-by.html

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.