Review: Epilator by Kemei | Hentikan Cukur

 


Baru - baru ini, ada tengok satu video daripada Siti Awe iaitu video Jangan Cukur! Ada Cara Lain Nak Buang Bulu - Buluan. Dalam banyak - banyak cara yang Siti Awe terangkan, saya paling tertarik dengan Epilator.

Kenapa Saya Memilih Epilator ?

Ceritanya begini, dalam dua cara iaitu Epilator dan Waxing, Epilator adalah paling senang berbanding Wax. Sebab Wax nak kena letak Waxing dia tu kan, tapi kalau epilator charge lepastu terus boleh guna. Sesuai untuk orang yang malas macam saya. Tak perlu nak kena pakai apa - apa, tidak perlu nak tunggu beberapa minit ke, dengan Epilator, senang!

--------------------------------------------------------

Seperti yang kita tahu, mencukur akan menyebab kan bulu kita lebih lebat dan cepat tumbuh panjang lagi sekali. Tidak seperti Epiliate ataupun Waxing. Epiliate dan Waxing mencabut bulu dari akar, manakala kalau mencukur ini hanyalah cantas bulu sahaja. Sebabtu kalau mencukur, lepas cukur kita rasa tajam-tajam sedikit di permukaan bulu - bulu yang dicukur. Tetapi dengan epiliate dan waxing, permukaan bulu - bulu akan kelihatan licin.

Epilator by Kemei

Mari kita mulakan dengan packaging epilator ini terlebih dahulu. Apabila anda membeli Epilator by Kemei, anda akan dapat Epilatornya, tempat bersih bulu - bulu yang dicabut oleh Epilator, dan  USB untuk charge Epilator tersebut. Ini dikira epilator murah, kerana hanya ada satu kepala sahaja. Kalau epilator mahal - mahal selaunya akan ada lebih daripada satu kepala. Setiap kepala itu ada khas lah untuk bahagian bahagian berbulu dekat anggota badan kita ini. 

Tetapi untuk permulaan memang saya cadangkan untuk guna dahulu Epilator by Kemei ini. Harga pun berpatutan untuk anda mencuba buat pertama kali. Kalau tak berkenan, tidaklah merugikan.

Cara Menggunakan Epilator

1. Memastikan bulu anda panjang sekurang-kurangnya 5mm, kurang daripada 5mm akan sukar untuk epilator mengesan bulu bulu anda.

2. Pilih kelajuan yang anda selesa, saya mencadangkan, mulakan dengan kelajuan rendah.

3. Anda sudah bersedia untuk epiliate bulu - bulu anda.

Sakit ataupun Tidak apabila menggunakan Epilator?


Haha, ini soalan yang saya sentiasa bertanya - tanya sebelum menggunakan epilator. Jawapannya ialah, untuk pertama kali guna, betul memang sakit. Tetapi sakit - sakit pun puas juga, sebenarnya bila epiliate itu kita boleh nampak bulu - bulu kita itu dicabut daripada akar. Tetapi selepas lama menggunakan, ia tidak lagi sakit seperti kali pertama guna.

Adakah anda juga patut menggunakan Epilator?

Jawapannya, saya amat menggalakan anda untuk menggunakan epilator. Hehe. Cabut bulu daripada akar adalah solusi yang sangat terbaik. Hehe. 

Pada anda yang baru nak gunakan Epilator ini boleh ke https://shp.ee/dvjhu7

Catat Ulasan

19 Ulasan

  1. rasa macam nak beli jugak lepas baca ni hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belilah! ayuh kita berubah daripada mencukur ke membuang bulu daripada akar

      Padam
  2. Hello! Great post. Very interesting and inspiring.
    Your blog is amazing. It's nice to read it, but I have to translate it into my own language :) I will be happy to come here and read!
    All the best! Greetings from Poland!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hello Ayuna! I hope the translator, translate it correct for you. I believe in Poland, waxing and Epiliate is the famous method to remove hair. Nice to know you! Greetings from Malaysia!

      Padam
  3. I didn't heard this brand... I used to braun epilator, thanks for your sharing...

    BalasPadam
    Balasan
    1. First time I heard about braun. Usually in Malaysia, the famous product is panasonic. Kemei is cheap product and I guess its suitable for the beginner to try it. How long have you use the epilator ?

      Padam
  4. Menarik tools epilator ni sebab cabut bukan cukur. Bolehlah membelek kat shopee nanti. thanks share Nad.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, nadia tak tahu kenapa, nanti ada anak, nak terus ajar cabut dari akar

      Padam
    2. Dah add to cart dah. Nanti ada bajet extra terus beli. hihi..tu lah tu, pelik jugak Nad cakap camtu..Berfikiran jauh :)

      Padam
    3. Ok jap kita kagum denngan kak fiza, kak fiza ada tips tak macam mana kak fiza keep track komen komen yang kak fiza dah buat ? hehehe

      Padam
  5. saya selalu cabut pakai tangan kalau bulu bawah lengan. mula2 memang sakit tapi lama-lama tak sakit, sama concept mcm pakai epilator kot. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, sama konsep macam mencabut pakai tangan. Saya kagum awak bersabar cabut pakai tangan

      Padam
  6. haritu pun saya ada tengok sharing siti awe ni. saya memang cukur je, tak berani lagi nak guna waxing atau epilator ni TAT. tapi lepas tgok harga kat link yang awak bagi ni okaylah, tak mahal pun.

    tak berdarah kan? hahahaha sebab benda tu mcm pisau cukur yg lalu atas kulit kannn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidak berdarah pun!, dia sakit mcm kena gigit semut sesaat je. hehehehe.

      Padam
  7. Lebih kurang sakit mcm guna wax. Sbb nk cabut dr akar rasa sakit sikit tp puas hati sebab bulu2 lambat tumbuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidak pernah guna wax, wah kalau sama maksudnya saya ni boleh dikatakan pengalaman lah guna wax sebab sakit lebih kurang hehehe

      Padam
  8. Epilator memang kalau tak biasa dan kali pertama guna rasa macam sakit2 sikit.. tapi kalau dah biasa lepas tu ok je. Sama macam waxing juga. Kalau orang yang dah biasa waxing dorang cakap tak sakit pun waxing tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kannn, saya nak biasakan epilator ni, nanti dah kaya baru upgrade epilator berkualiti tinggi

      Padam
  9. cabut mmg ada sakit sikit la kan. wah ada jual kat shopee ye

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.