Pejam celik pejam celik, dah masuk bulan September. Kita dah habiskan lebih daripada 70% pada tahun 2021 ini dengan pandemik covid 19.
Ceritanya semalam sebelum tidur, saya scroll ig story, tiba - tiba ig story saya berhenti pada salah satu kawan saya. IG storynya mengenai dia akan menyertai exchange programme ke Switzerland. Saya sangat teruja dan kagum dia dapat pergi ke sana, pada masa yang sama saya mengalirkan air mata.
Lama juga sebenarnya saya mengalirkan air mata. Saya rasa sedih sebab mengenangkan saya habiskan masa saya di hadapan laptop, di dalam bilik yang kecil ini, Kadang - kadang memang rasa sunyi, bukannya saya duduk sorang - sorang di rumah. Saya duduk bersama ibu dan bapa. Tetapi jujur saya katakan, saya sunyi. Saya perlukan insan - insan yang berada pada paras umur yang sama dengan saya.
Sejak tingkatan 1 saya duduk di asrama penuh, rata - rata kawan saya semuanya jauh - jauh. Kalau saya sekolah harian sudah pasti jiran saya adalah rakan saya. Selain itu, dulu saya tinggal di sekitar Puchong, di situ juga ada rakan - rakan saya. Kelmarin, ada juga rakan - rakan saya update di ig story mereka keluar bersama - sama takeaway air (saya lupa jenama apa), mengenangkan ig story mereka juga saya turut berasa sedih sambil berkata "Kalau tak Covid 19, mungkin saya juga dapat sertai mereka". Kadang - kadang kita merasa seolah - olah sudah berpisah kerana kurangnya masa diluangkan bersama.
Cabaran apabila berkawan ini kita dapat hubungi secara atas talian adalah amat susah. Tidak semua kawan mempunyai kadar internet yang sama laju. Ada juga yang saya rasa kawan - kawan yang telah pun berada di fasa "burnout". Telefon pintar begini dah dicampak jauh kerana kebosanan yang amat tinggi. Mungkin kalau saya ada adik - beradik di sekeliling saya, saya tidak akan berasa sunyi seperti ini. Malah saya sendiri rasa "burnout" dan menangis pun belum tentu solusi yang terbaik. :')
Tengok movie pun sebenarnya saya dah bosan, yang saya teruskan perjuangan adalah kerana tanggungjawab menyiapkan project yang bakal digunakan oleh sebuah yayasan. Itupun saya boleh katakan saya on off.
Kembali semula pada ig story kawan saya, sekiranya kini kita bukan dilanda covid 19 ini, saya tidak rasa saya akan menangis teresak - esak semalam, sebab sekurang - kurangnya keadaan saya bukan terperap di dalam bilik :').
Berbalik pada impian saya di post "Merdeka Giveaway by TarotTheFool" , ada satu soalan yang sentiasa bermain dalam fikiran saya,
Bila agaknya kita dapat bertemu kembali ? Atau.... Adakah itu pertemuan terakhir kita ?
Semoga hari - hari akan datang adalah lebih baik daripada hari - hari yang lepas. Semoga kesemuanya berada dalam keadaan yang sihat sejahtera. Jaga diri baik - baik. Maaf untuk post yang sedih ini.
16 Ulasan
Salam bulan september .
BalasPadamThanks for your sharing:) have a lovely week...
BalasPadamRamai yang sebenarnya dah burnout. Yang hadap fasa burnout je tahu macam mana perasaan tu.
BalasPadamApapun semoga September ni penuh dengan kemanisan dan dipermudahkan segala urusan kita semua.
Kann, tapi bila KJ dah cakap kita mungkin akan capai endemik pada bulan oktober. Harap nya betul
PadamTime flies really fast. Tak sedar dah masuk september which means result exam nak keluar dah omggggg
BalasPadamGoodluckk untuk result awak nanti
PadamKejap je kann, dah masuk bulan 9. Tinggal 3 bulan je lagi before masuk 2022. Tak tahu lah apa yang dapat dicapai tahun 2021 hmm. Apa apa pun, moga moga bulan ni lagi baik daripada bulan bulan sebelum ni. Aamiin.
BalasPadamBetul, pejam celik pejak celik tetiba dan bulan 9 dah. lepastu dah nak tamat dah tahun 2021 ni
Padamsedih pulak baca entri ni.. terkenang anak² di rumah lama dh x bersosial dgn kwn².. nasib baiklah adik beradik ramai dan kazen² duduk dekat, boleh jumpa setiap hari umh nenek kalau ibu keja.. kalau x, mmg stress jugak kot diorg
BalasPadamAda adik beradik best rasanya. Takdelah rasa mcm takde orang kita nak cari gaduh. adik beradik kan tempat kita bergaduh gaduh gurau gitu
Padambertabah la ye keadaan sekarang ni mmg perlukan kesabaran huhu..
BalasPadamTerima kasih mama :)
PadamSekejap je masa
BalasPadamBetul, tahu tahu je kita dah nak menjelan 2022
PadamApa yang berlaku sudah tentu ada hikmahnya. Memang burnout bila pkp berterusan ni. Harapnya cepatlah berakhir dan boleh berjumpa dengan semua orang.
BalasPadamSaya pun percaya ada hikmah. Kira dalam banyak adik beradik saya paling melekat dgn ibu bapa.
PadamSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.