Journal: FYP-DevLog 011

 

Lama dah tak menulis post mengenai perkembangan Final Year Project. Seminggu yang lepas bila dah kena serang gastrik, kerja memang on off betul. Kemudian, kita ada pula vaksin dos 2. Dua - tiga hari juga baru ada mood nak buat kerja. Senang cerita, sebenarnya saya yang tidak mahu buat kerja. Mungkin burnout disebabkan kebosanan sangat - sangat.

Tetapi disebabkan saya ada meeting bersama stakeholders (stakeholders ini adalah orang-orang yang terlibat dalam sistem yang saya sedang lakukan, ia merangkumi pengguna sistem ini dan juga developer yang bakal membuat maintenance selepas sistem ini disiapkan), saya gagahkan juga untuk melaksanakan gerak kerja saya. Tak mahu lah tunjuk benda-benda kosong sahaja dengan stakeholders, apa pula kan persepsi mereka pada kita ini. 

Progress kali ini alhamdulillah bahagian Tax Exemption Request hampir siap. Sekarang ni dalam prosess 80%, dan meeting haritu bersama stakeholders amat memuaskan. Ikutkan hati ketika nak meeting itu punyalah lemah semangat sebab rasa macam malasnya nak update progress ni.

 

Untuk kali ini, saya belajar betapa pentingnya untuk buat to-do-list sebelum tidur. Buat perancangan terlebih dahulu apa features yang kita nak tambah dalam sistem. Kaedah ini memang membantu saya untuk merancang dengan sistematik. Tetapi ada juga terlepas-lepas. 

Saya sukakan to-do-list yang minimal. Jadi saya menggunakan microsoft-to-do, amat simple tak perlu rasa nak susah-susah tekan sana-sini. Saya rasa puas tentang to-do-list sebab kita boleh nampak list yang kita dah completed. Dia macam banyak dah saya buat. Hehe

Update kali ini, perkara baru yang saya belajar ialah tentang Export data ke Excel dan PDF. Ia agak leceh sebenarnya, lagi-lagi apabila design saya merosakkan PDF. Excel okay lagi. PDF tu habis rosak PDF saya, table kucar-kacir.

Nak buat design table ni lah yang saya lemah. Waktu internship ada buat bahagian ini juga, yaAllah perit betul. Semoga yang ini boleh lah terlaksana dengan mudah.

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. wuuuu..good luck settlekan FYP ye. Moga cepat bangkit dan dapat selamat, Aamin

    BalasPadam
  2. Semoga dipermudahkan.. chaiyok2

    BalasPadam
  3. Semoga dipermudahkan Nadia. U can do it !!!!

    BalasPadam
  4. May Allah ease everything for you.

    BalasPadam
  5. Good luck settlekan FYP!

    Bagusnya microsoft to do, nampak jelas apa nak buat dan apa dah settle!

    BalasPadam
  6. semoga final year project siap dgn jayanya dan dipermudahkan ye

    BalasPadam
  7. Bermacam dugaan nak menyiapkan FYP ni. Semoga dipermudahkan dan siap semuanya. Aaminnn...

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.