Review: Madu Kelulut Asli dari Urban Ecolife Agrofarm

 

Madu adalah makanan yang sering kita dengar mempunyai khasiat yang sangat tinggi. Selain itu, madu juga adalah penawar untuk penyakit dan ia merupakan salah satu inisiatif yang kita boleh lakukan untuk memiliki kesihantan yang baik, InsyaAllah.

Firman Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud:  

“Dari perut lebah itu keluarlah minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat, yang menyembuhkan bagi manusia.  Sesungguhnya pada  yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.”  (Surah an-Nahl, ayat 69)

Siapa kat sini penggemar madu? Nadia kenal madu ni sebenarnya dari "cornflakes madu" (kuih raya favourite semua orang), bila kenal kuih raya ni, dari situ Nadia macam tertarik dengan madu. Namun, madu ni kita tahu ada original ada yang tidak. Waktu dulu, Nadia ingat madu ni semua asli, jadi kita ambil je yang mana-mana untuk kita amalkan setiap hari. Rupanya laaa ada yang asli dan bukan rupanya. Jadi untuk kita amalkan madu dalam kehidupan seharian kita mestilah kena menggunakan madu yang asli. Salah satunya ialah Madu Kelulut Asli dari Urban Ecolife Agrofarm.


 

Rasa madu kelulut ini manis dan sedikit masam. Paling Nadia suka ialah sebab teksturnya yang tidak terlalu pekat. Teksturnya cair (bukan cair macam air). Jadi macam bila makan tu, dia senang nak hadam. Masuk je sudu dalam mulut, settle terus.

 

 
 
Madu kelulut asli ni mempunyai khasiatnya tersendiri. Antaranya ialah:

  • Membantu melegakan masalah pernafasan
  • Membantu meningkatkan imunisasi badan
  • Membantu mengwal paras gula dalam darah
  • Membantu mencegah masalah pembuluh darah tersumbat
  • Membantu melegakan masalah cirit birit
  • Membantu mengatasi masalah sukar tidur
  • Membantu meningkatkan kesuburan badan
  • Dan banyak lagi khasiat yang telah diketahui umum

Cara Pengambilan Madu Kelulut Asli

1. Makan begitu sahaja

Amalkan dua kali (sudu) sehari. Guna kan sudu plastik


 2. Air suam

Ambil 1 sudu teh serbuk herba dengan 2 sudu madu kelulut asli. Kacau dan minum. (atau boleh je guna green tea, sebab Nadia guna green tea!)

 
3. Smoothie
Kisar 1 sudu serbuk herba dengan 1 cawan air dan beberapa ketul ais untuk membuat smoothie. Campurkan dengan madu kelulut asli.
 
atau
 
Kalau korang suka buat smoothie pisang ke, blueberry ke, korang boleh juga selitkan madu ni tau. So ada rasa manis manis dari madu gitu.
 
4. Overnight Oat
Bagi yang diet diet tu boleh try yang ni juga okay. Campurkan madu didalamnya

Nadia akan update lagi bagaimana Nadia makan madu ni selain daripada amalkan seperti makan begitu sahaja (bila malas memang ini je cara Nadia hehehee).

 
Sebelum Nadia akhiri post ini. Nadia nak beri sedikit penerangan mengenai Agrofarm:
Urban Ecolife Agrofarm merupakan sebahagian daripada YAYASAN PERMAKULTUR ECOLIFE (Protem). Mereka melopori bidang Regenarative Agriculture 4.0 yang berasaskan teknologi Aquponics ELIT dan Ecolife Integrated Technology. Selain itu, agrofarm bukan sahaja menjual madu atau produk produk kesihatan yang berunsurukan organik sahaja. Malah, mereka ini juga menjual barang-barangan pertanian, khususnya menghasilkan sayuran dan makanan dengan menggunakan kaedah pertanian modern. Bagi yang nak mulakan aktiviti pertanian di kawasan rumah tu, ha boleh jenguk jenguk laman sesawang yang tertera dibawah!

Untuk Maklumat Lanjut korang boleh layari:

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. tak suka sangat minum madu sebab dia manis and sticky. Tapi kalau sikit je macam dalam honey lemon tu minum lah hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe, tapi yang ni dia tak terlalu sticky. Letak dalam kopi sedap juga hehehe

      Padam
  2. Sedap madu campur dalam minuman. paling takpun campur madu dalam air masak. Nak sedap buat air lemon madu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau memalas memang campur dalam air masak. Lepastu fefeeling mcm minum suplement hahahhaa

      Padam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.