Journal: FYP-DevLog 007: Coding DevLog-003


Pertama sekali saya sangat terkejut apabila melihat posting Journal: FYP-DevLog 006: Coding DevLog-002 mendapat sambutan yang agak baik. Ramai juga yang singgah dan baca posting ini. Sebab ketika Nadia menulis posting seperti ini, Nadia memang tak berharap ada insan yang sudi singgah untuk baca posting tersebut. Sebab pada asalnya Nadia hanya mahu menulis jadikan sebagai diari sahaja. Online Diary.

Terima kasih buat yang singgah dan baca posting mengenai DevLog. Secara jujurnya Nadia tak berpuas hati dengan penulisan Nadia untuk bahagian DevLog ini, Nadia tidak tahu bagaimana mahu menerangkan apa yang Nadia buat, apa progress Nadia terhadap project ini. Mungkin sebab Nadia tak biasa bercerita dengan orang mengenai progress kerja-kerja yang berkaitan akademik seperti ini. Tetapi tidak mengapa, Nadia akan terus tetap cuba untuk menulis dan berkongsi perjalanan FYP ini. Pada asalnya, Nadia nak buat blog khas untuk DevLog ni, tapi Nadia rasa macam alang alang baik buat dekat sini, atleast kita ni nampak lah aktif dalam blogging ni. Betul tak?

Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi, tamat sudah FYP1 !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Semoga keputusan yang Nadia akan dapat pada bulan August adalah cemerlang. Amin

Matlamat untuk seterusnya:

Start esok (5/7/2021) Nadia bercadang untuk spend 1 jam hingga 2 jam sehari untuk coding phase. Jadi tiada kerja last minute. [Nadia nak put limit 2 jam sebab Nadia nak buat benda lain juga selain coding] - Hidup kena seimbang gitu

Start esok InsyaAllah akan ada more devlog yang Nadia nak buat setiap hari. Nak simpan sini sebagai diari jadi nanti dah tua boleh kita tengok balik kan :'). 

 Nadia akan lebih detail sikit dalam mencerita kan progress Nadia.

Okay itu sahaja!!



Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Thanks for your visiting my Blog:) i followed your blog...

    BalasPadam
  2. takpe, slow2 je cerita nanti lama-lama pandai lah tu nak share tentang kerja dalam bidang nadia. semoga entry tentang coding ni boleh bantu ramai students yang memerlukan :)

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.