FIRST INTERVIEW SESSION FOR INTERNSHIP




Assalamualaik dan Hi semua!!!!!!!!!!!

Harini sebenarnya adalah hari yang agak keramat, Nadia tak pernah rasa sesi interview kalau bab bab kerja ke bab bab jawatan ke, mesti dapat tu sebab orang cadangkan or like tetiba get message congrats atas prinsip rasa nama 'Nadia' tu boleh dipercayai. So Nadia akan sentiasa berdebar untuk benda baru.
 
Before Nadia cerita mengenai interview session buat kali pertama ni, Nadia nak highlight kan dulu macam mana Nadia rasa takut nak hantar email kepada company untuk apply internship. Serius Nadia takut. Nadia bukan takut kena reject ke apa, Nadia takut sebenarnya bahasa Nadia salah ketika Nadia mencuba untuk email company tu. Nadia akan macam betul ke apa aku nak hantar ni Untuk Nadia tekan send ialah selepas seminggu dengar senior cakap "Nadia kau kan nak belajar, kita belajar dari kesilapan, kalau nanti silap nanti betul kan lah". Waktu tu terus Nadia rasa mcam, betul lah Nadia kan nak belajar dan belajar dari kesilapan tu lah yang paling terbaik !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Maka mulai ketika itu Nadia beranikan diri untuk menghantar email kepada company company untuk minta position internship. 

dan Alhamdulillah, Nadia dapat respond daripada company yang Nadia hantar email untuk position web development. Jadi bermula lah situasi IV PERTAMA buat Nadia. Waktu dapat email tu bebetul tengah jawab exam melukis lukis, susah betul nak melukis time tu tapi kita lukis je janji melukis. Lepastu, Nadia tak sempat nak balas email company tu sebab busy. Jadi Nadia pun apply lah slot interview pada hari rabu. Fuh memang lepas final exam tu tak tenang lah sebab duduk memikir kan macam mana nak IV Nadia hari rabu nanti. Okay ke tidak. Adakah Nadia boleh bercakap atau tidak. Nadia pandai tackel hati dia ke tidak. Sangat takut woahhhh. 

Maka tibalah hari rabu ! Nadia pun interview lah kan start pukul 11. Nadia tunggu lah cantik dah ni baju putih , tudung warna pink pink purple. padahal IV kat google meets je hehe. Tunggu punya tunggu, lama pula Nadia mcm eh Nadia salah masuk link ke, Nadia pun email tanya Interview ni nak continue ke tak, astu takde respond gak, Nadia pun call tanya office lepastu masuk lah sesi iv. Tapi Nadia faham je kadang company mestilah ada hal en. So mula lah sesi IV. Fuh risau sumpah risau. Lepastu simple lah dia tanya Nama kita apa, semua ni dia tanya pasal kita Nadia cerita je lah sambil selit apa yang menyebabkan Nadia nak sangat jadi web developer. 

Lepastu Nadia bentang projek lepastu dia borak borak pasal manusia sekarang macam mana, so dia tanya Nadia ni orang macam mana, then Nadia terus cakap (tapi macam ada kutuk diri sendiri sikit) . Lepastu dia tanya soalan keramat sebagai penentu nak terima ke tak. Dan Alhamdulillah Nadia lepas !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! . Nadia harap Nadia dapat lah intern dengan baik, belajar dengan baik, Amin amin



Sebelum Nadia akhiri post ini, disini Nadia bagi sedikit tips untuk IV tapi ni peringkat internship je lah tau. 

1. Kenali diri anda (tahu potensi anda, tahu anda jenis orang yang macam mana, dan tahu sekiranya anda hadapi masalah ini bagaimana anda atasi (more kepada masalah masalah sifar seperti super lazy) 

2. Tahu apa yang anda nak, kita sedia maklum internship ni konsep seperti pergi menuntut ilmu jadi tahu ilmu apa yang awak nak belajar. Ilmu apa yang awak nak. Ilmu apa yang awak nak terokai. 

3. Kaji company yang anda apply. Fahami company yang anda nak mohon. Fahamkan betul betul kalau boleh tahu cerita melalui flow macam mana kerja tu akan berlaku. 

4. Listkan soalan yang awak nak tanya tu yang penting. Tanya benda yang berkaitan tanya benda yang nampakkan awak nak bekerja di company itu. 

KORANG CAMNE YANG DAH IV BEKERJA TU ?

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Thank you for the tips Nadia! I always hold upon the quote that intelligence does not mean that you knows and understand everything but it is when you lower your ego to ask people even about the thing that you know. Be humble is another tip during the interview as well hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you Farah for the tips ! It is true actually to down our ego

      Padam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.