Ready for Work from Home!

source : thestar



Happy MCO day Everyone!

Ok seperti yang kita tahu sempena MCO day ni memang kita kena amalkan work from home. Tapi work from home ni tidaklah sesuai untuk semua, hanya segelintir insan-insan yang sesuai untuk melaksanakan work from home seperti sektor pejabat yang fokusnya pada perlaksanaan document ke, email customer service ke, dan lain-lain.

Begitulah bagi bidang-bidang di ipta, tidak semua bidang sesuai untuk dilaksanakan dalam bentuk e-learning [study from home!]. Sebagai contoh, bidang medic misalnya, yang lebih memerlukan praktikal di hospital, bidang-bidang yang menggunakan lab untuk membuat eksperiment (farmasi, kimia dan sebagainya), dan sebagainya. Namun atas kehendak untuk memutuskan rantaian Covid19 ini kita perlu melaksanakan PKP, bak kata orang “belajar boleh ulang kalau gagal, tetapi nyawa?”. Nak taknak kita semua kena lah belajar untuk membuka minda dan hati menerima perkara ini semua. 

Nadia ambil masa yang lama untuk kuasai sesuatu subjek tu [Nadia akan search google gila gila sampai Nadia jumpa erti sebenar subjek tu (sangat-sangat slow learner ye)]. Awal-awal tu rasa give up lah kenapa kena ada e-learning, sebab internet dekat kawasan rumah Nadia ini agak slow, kalau nak video call tu macam satu perkara mustahil, Kalau ada pun Nadia boleh tengok sekat sekat. Awal-awal tu agak frust jugak lah sebab rasa mcm nak search pun agak lambat. Tapi lama lama dah 30++ hari kan kita MCO ni, jadi macam dah rasa perkara biasa dah bila internet ni tidak sepantas apabila berada di kolej. Tetapi, Nadia kira bersyukur kebelakangan ini, Alhamdulillah setakat nak google-google baca tu dah boleh, kalau dulu nak isi survey google form dari Universiti pun bukan main susah. Alhamdulillah. Dan Nadia agak bersimpati sebenarnya buat insan-insan yang dikawasan rumahnya langsung tiada internet untuk proses e-learning dan tak lupa juga untuk situasi rumah yang tidak sesuai untuk e-learning. Nadia doakan semoga diberi kemudahan untuk kalian, tahun 2020 ini macam cabaran buat semua. Semoga kita tabah ok!



Jadi, selepas 30++ hari belajar menarima maka Nadia kumpulkan semangat sedikit demi sedikit. Apa yang Nadia buat untuk kumpul motivasi? Langkah pertama yang Nadia buat adalah baring dan berangan dulu idaman bilik tempat untuk buat kerja [selama 28 hari, lama kan? Nak buat macam mana semangat buang masa lebih tinggi]. Kedua, Nadia start ubah susunan katil, almari dan semuanya di dalam bilik. Ketiga, Nadia ukur jumlah ruang yang tinggal dalam bilik Nadia. Keempat, Nadia beli perabot dan keyboard dekat shopee !. Akhir sekali, selesai !


Keyboard
Meja



Setup untuk kerja


WORK FROM HOME korang okay ?


Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. uwaaaa nice gila keyboard tu. sama memula macam tak blh terima kena belajar secara e learning and all tapi takpela kita try adapt macam mana so i end up beli headphone! atas alasan e learning HAHAHAHA

    BalasPadam
  2. Hai, jemput visit blog saya ��
    https://jundiassyuja.blogspot.com/?m=1

    BalasPadam
  3. salah satu cara nak tukar mood adalah..tukar susun atur bilik..^^ nice..
    and take care ye^^

    BalasPadam
  4. cool nya dah setup workplace!
    kitatakda work from home.. sbb kerja industri ahaha tapi cuti tak bergajilah saya T__T

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sakitnya kerja tanpa gaji, Semoga baik baik sahaja !

      Padam
  5. I found this post really helpful and attractive. Perhaps, this is one of my favourite blogs so far. I highly appreciate it. Keep up the good work.

    My Son Private Tour
    Phong Nha Pioneer Travel

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi ! , thank you for your comment , I really appreciate it !

      Padam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.