Tajuk :
Kuliah Cinta
Durasi : 105 mins
Pelakon : Erra Fazira, Yusry KRU, Saiful Apek
Pengarah : Prof. Madoya A. Razak Mohaideen
Penerbit : David Teo
Hi dan
Assalamualaikum,
Rasa macam
dah tua sangat bila layan filem lama-lama ni kan. Nadia dah lama sangat tak
tengok filem lama yang dilakonkan oleh insan yang sangat hebat Yusry KRU dan
Erra Fazira. Apa yang menyebabkan Nadia terfikir nak tengok balik adalah
disebabkan tweet sorang hamba Allah ni yang sangat kagum dan ‘ship’ hubungan
Yusry KRU dan Erra Fazira dan mengharapkan pasangan kedua-dua ni berkahwin.
Sedangkan sebenarnya, Yusry dan Erra pernah berkahwin dan menjadi pasangan
suami isteri. Tetapi ini adalah kisah lama mereka berdua. Mereka berdua juga
sekarang kini lebih Bahagia dengan kehidupan baru masing-masing, InsyaAllah.
Amin.
Baiklah,
penulisan blog kali ini bukan nak cerita mengenai Yusry dan Erra. Tapi sebelum
Nadia panjangkan cerita mungkin boleh baca dulu sinopsis
Sinopsis:
Kuliah
Cinta ini mengisahkan seorang pelajar perempuan yang bernama Johana (Erra
Fazira) dan Faramy (Yusry KRU). Mereka berdua ini adalah sahabat baik dan
biasalah seperti yang kita ketahui dua insan yang lain jantina mustahil kalau
salah satu menyukai salah satu. Dalam kes cerita ni, kita boleh nampak yang
Johana tu suka Faramy tanpa disedari gitu. Jadi sekiranya berminat nak tahu
kisah cinta ni jadi ke tak, boleh download app Iflix dan selamat menonton.
p/s: Kalau
korang berminat nak throwback balik zaman dulu-dulu ala ala nak kenang tengok
pelakon pelakon kita zaman muda, Nadia recommend sangat-sangat. Sebab Nadia tengok
sebab nak kenang balik zaman muda meraka (eceh). Tetapi kalau nak tengok sebab
tak pernah tengok, boleh tengok tapi dengan risk sendiri lah sebab Nadia rasa
kalau korang more kepada filem melayu sekarang, filem sekarang lagi banyak
conflict lah berbanding filem melayu kuliah cinta ni [In case korang lebih suka
conflict yang macam wow-wow gitu] , tetapi bagi Nadia cerita ni sangat famous
pada zaman diterbitkan, boleh ceritakan ini adalah kegemaran orang ramai ketika
zaman itu lagi-lagi dibintangi oleh orang-orang yang hebat.
Seterusnya
Nadia nak cerita apa perasaan Nadia (ceh) bila tengok cerita ni, bukan perasaan
lah dia lebih kepada perkara apa yang Nadia terlintas dalam cerita ni. Dan more
kepada cerita yang lebih detail. In case tak pernah tengok dan nak tengok Nadia
sarangkan korang skip (kalau tak suka spoiler atau tahu dulu baru tengok ke
kan, pergilah tengok lepastu datang balik kat posting ni ok, hehe. Pada yang
tak kisah atau dah tengok jom lah kita throwback balik).
Baiklah apa
yang Nadia nak kongsikan kali ini ialah, selepas beberapa jam Nadia tengok
cerita kuliah cinta ni, Nadia terus terkenang cerita hindutan iaitu Kuch Kuch
Hota Hai. Nadia fikirkan Yusry adalah Shah Rukh Khan dan Erra Fazira adalah
Kajol. Eceh. Makna kata kita letak sajelah Ayu tu sebagai Rani Mukerji
(walaupun sebenarnya watak ayu dan Tina dalam cerita Kuch-Kuch Hota Hai adalah
sangat berbeza). Apa yang menyebabkan Nadia terlintas adalah sebab jalan cerita
dia lebih kurang di mana walaupun Faramy(Yusry) berasa jatuh cinta pada ayu
awal awal cerita, akan tetapi pada akhir cerita
sebenarnya Faramy jatuh cinta pada Johana(Erra). Begitu juga dengan
cerita Kuch Kuch Ho Ta Hai. Pengakhirannya Kajol dapat juga cinta dia iaitu
Shah Rukh Khan. Tetapi ada elemen berbeza, dalam cerita kuliah cinta Faramy tak
berkahwin dengan Ayu, dan kononya suka pada ayu itu adalah satu kesalahan
sebenarnya cinta dia adalah pada Johana. Manakala dalam cerita Kuch Kuch Ho Ta
Hai ni Shah Rukh Khan tidak buat kesalahan pun apabila jatuh cinta dengan Rani
Mukerji sebab mereka bahagia je ada anak. Cuma elemen terlintas sama sebab Shah
Rukh Khan datang pada Kajol, gitu.
Kedua, bila
tengok pemakaian Johana dalam filem Kuliah Cinta ni dia macam ala ala Kajol
yang tomboy dalam Kuch-Kuch Ho Ta Hai. Dan Johana kawan baik Faramy. Kajol
kawan baik Shah rukh Khan.
Kuch Kuch Ho Ta Hai
Kuliah Cinta
Akhir
sekali, sebab ending kuliah cinta. Ketika Faramy cakap I love you tu aura dia
macam Shah Rukh Khan cakap I Love you, dia punya sebutan tu dengan situasi
kereta api lagi dekat situ. Feel dia mengenangkan Shah Rukh Khan cakap I love
you.
Apa-apa
pun, Nadia bukan mahu samakan kedua – dua filem ini. Kedua-duanya adalah
berbeza cuma Nadia mungkin rindu Hindustan sangat jadi dia terkenang-kenang.
Korang
pernah tengok Kuliah Cinta ??
2 Ulasan
dedulu suka sangat layan kuliah cinta ni hahaha. menggamit kenangan
BalasPadamHaa kan cerita dulu dulu ni kalau tengok best hehe
PadamSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.