![]() |
Nana in Mobile Legend |
Assalamualaikum semua!
Kalau korang tengok topik pun mesti korang dah tahu
kan Nadia nak cakap pasal apa? Kali ini serius macam Nadia pun tak faham lah
kenapa tetiba jadi macam ni. Untuk pengetahuan korang semua Nadia dah tiga hari
non-stop main Mobile Legend (ML) [stop lah untuk melakukan kerja penting
seperti Makan, tidur dan solat].
Kali ini semangat nak main ML tu lain macam.
Nadia bukan apa, bukan taknak stop main, Nak stop tapi masalahnyaa Nadia tutup
mata je Nadia dah bayangkan Nana bergerak bergerak sambil summons molina dia.
Lepastu, Nadia bayangkan lagi meow meow Nana tu, lepastu Nadia dengar lagi
suara cakap “Welcome to Mobile Legend. Five seconds untill the enemies
reach the battlefiels. Smash them! All troops deployed” . Lepastu
tutup mata lagi en, dengar Nana cakap, “Adventure time”. Try juga nak lupakan
Nadia terus bayangkan Nana bergerak gerak sambil support member-member yang
lain lepastu dengar lagi "First blood" , "Double
kill|", "Killing Spree", "Launch
Attack!" lepastu tetiba tinggal Nana sorang sorang en apa lagi "Request
backup!" dan paling sakit "DEFEAT" .
Disebabkan benda macam nilah buat Nadia rasa sangat bersemangat nak berjuang
*nak nampak macam main game ni bukan satu kesalahan*. Kata orang ni dah macam
kena sumpahan Mobile Legend sebab asyik ingat ML je. ☹ .
Alang alang dah sembang pasal ML ni, Nadia bukanlah
gamers ke apa. Nadia ni noob dan biasa-biasa je tapi adalah juga selalu tu
berfaedah dalam team en *rujuk gambar*. Nak diceritakan, asalnya install ML ni sebab nak usha
crush je, dia macam saje nak tackle crush main sama-sama en, boleh lah menjadi.
Kedua sebab nak tahu kenapa lelaki boleh jadi gamers dan main game je kerja en
[Perempuan pun ada ,tapi kawan Nadia majoriti lelaki je kaki game]. Jadi dengan
kononnya nak memahami gitu lah kan, bila main ML awal-awal sumpah tak faham
kenapa lelaki boleh fokus dan asyik main game je. Tapi bila Nadia dah kena
sumpahan ML ni, ok serius tak boleh berhenti weh. Ni mahu lepas type post ni
Nadia sambung main balik. Allahu.
Lepastu-lepastu yang tak bestnya main game ni ialah
bila dapat satu team kuat carut. eh eh dia ni, sedap dia cakap team nub last
last dia yang nub [Nadia nub, tapi dia lagi nub so dia nub tapi Nadia nub juga
cuma dia lagi nub]. Kalau Nadia dapat yang ni, Habis je game tu Nadia bebel
satu karanngan ah. "Boleh tak sebelum bebel-bebel dalam game tu tengok
cermin dulu, ni tak duduk type carut-carut lepastu tiber kena bunuh
argghsdjsadys", "im sorry i hate you" . eyhh sakit hati
tengok orang mencarut tapi tengok-tengok dia yang punca. Lepastu bila main,
Nadia kan main Nana, Lepastu Nana kan kerja dia support je en, astu
tetiba kita nak support en tetiba dia cakap "I want to play solo",
time ni macam hampa weh dia macam "Yelah kita kan Nana je, kita mampu
support aje, awak nak solo kita support je lah" :( . Hehehe.
Jadi sempena esok nak Ramadhan Nadia ingat kena lah
ubah sikit jadual main ML (ingatkan nak berhenti kan? Tapi masih nak main).
Nadia rancang memandangkan kita akan sahur seawal jam 5 pagi lepastu subuh
awal, mandi awal (tak pasti lah kan sebab sekarang kan e-learning), kelas pun
paling awal 8 pagi kan, kita main lah satu game before kelas (sebagai pembakar
semangat *Astaghfirullah*). Lepastu kita fokus lah buat assignment, kelas dan
sebagainya. Lepastu, kalau petang-petang takde kelas mesti dah tepu
kan nak fikir solusi untuk assignment kan? Kita selit sikit lah ML
*Astaghfirullah sekali lagi*. Tapi before tidur tak boleh lah main ML dah nanti
tak tidur sampai esok lepastu habis punah hidup Ramadhan di siang hari. Huhu.
Akhir sekali, Nadia nak ucapakan Salam Ramadhan untuk
semua. Tahun ni kita tak ada bazaar Ramadhan, kita tak ada tarawih di Masjid.
Namun begitu, diharapkan Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya. Utamakan
apa yang penting dahulu jangan nak main game je (Pesan pada diri sendiri).
Semoga kita kuat dan istiqamah dalam menjalankan ibadah ini.
p/s: Maaf jika post kali ini nampak keduniaan
begitu ketara dan juga pengunaan kata-kata yang agak tidak bagus untuk
mengambarkan sesuatu (contoh : sumpahan), doakan Nurul Nadia Binti Jamhari
tidak lagi membayangkan Nana sepanjang masa dan mula untuk belajar menghargai
masa kembali. Amin. Terima kasih baca.
12 Ulasan
tu yang tak mau start tu, kot dah start jenuh nak tinggal ... dah kena dah
BalasPadameh jarang lelaki tolak pelawaan game ni
PadamTak suka bila baru start main dah kena carut. Aku ni dah tua tauuuu. Sensitip tau. Sobs.
BalasPadamKannn, buat kita nak uninstall je sebab kena carut huhu
PadamI played this a few years ago and end up deleting it because it has taken too much of my time during my study. But right after that, all of my friends were crazy about it. they played all night long. but I was not interested anymore and choose to play puzzles instead. XD
BalasPadamhaha, I rasa I akan mcm u, puzzle or sudoku more insteresting kan haha
PadamHahaha kadang kite curious juga why lah bf addicted sangat dgn ML ni but tak pernah lagi lah rasa nak install ML tu hehe. Btw, selamat berpuasa to you :)
BalasPadamInstall lah boleh main dengan bf hehehehehheeh
PadamRanai ya main ML. Kita main game pun farm heroes saga 🤣😅 Tak faham sangat apa benda ML. Tak nam kenal sbb bila dah start main boleh ketagih so kita buat² xberminat.
BalasPadamhaha comel gila buat buat tak berminat. hehe. Nadia pernah hasut kawan kawan Nadia tapi minat diorang sekejap je sebab internet slow :(
Padamsaya pun main ML jugak XD dulu ketagih lah sekarang hurmm setiap kali main asyik kalah, pastu samalah kena label NUB. padahal dia yg nub ahaha ML dah kena tinggal kejap sbb saya dah main game lain hehe
BalasPadamAwak main game apa sekarang ? eh jap saya ada tengok Raja Dragon kan, nampak mcm menarik tau !
PadamSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.