Resepi: Dalgona Neslo


Hi dan Assalamualaikum, 

Seperti yang kita ketahui dalgona sangat famous musim musim pkp ni. Siapa dah try?

Awal awal dulu Nadia tengok semua orang post pasal dalgona coffee memang teringin lah nak buat. Tapi dekat rumah hanya ada kopi hitam dan susu tepung. Tanpa sebarang research, nadia pun macam bersungguh lah nak buat dalgona coffee ni kan. Kita pun ikut lah sukatan 1:1:1, 1 sudu coffee, 1 sudu gula dan 1 sudu air panas. Lepastu kacau lah sungguh sungguh kata orang sampai lebam. Nadia dengan penuh motivasi sambil zikir(kononnya macam ala ala nak hilang rasa sakit kacau) dekat dua jam lah nadia kacau (penuh motivasi kan) tapi tak jadi pun. Erm. Rupanya bila search, kena kopi larut. Allahu dua jam kacau kurus tangan gue. 

Ni hasil dalgona selama dua jam kacau. Hasilnya pahit dan sila jangan buat lagi

Lepas Nadia dah tahu sebenarnya kena guna kopi larut maka bila mak kita nak beli barang dapur kita pun apa lagi selit lah list. Nescafe coffee dan Fresh Milk. Dapat je bahan-bahan ni, Nadia apa lagi. Kita terusss ke dapur dah menggunakan teknik yang sama 1:1:1, 1 sudu nescafe, 1 sudu gula dan 1 sudu air panas dan kacau kacau sampai lebam (ambil lah masa dalam 20-30 minit) jyeah. Dan berjaya. Tapi Allahu pahit, bila minum tak tidur dah malam tu 5 pagi baru ngantuk (Nadia buat dalam waktu 3 petang). 

Sebabkan pahit Nadia tak sanggup lah nak buat lagi. Lepastu datang lah idea apa kata tambah milo, jadilah Dalgona Neslo [Review: sedap woah tak pahit] . Tapi nak buat ni kita nak still macam terapung kan. So disini Nadia sharekan teknik dan resepi gitu! 

Resepi :

Nisbah sama 1:1:1 boleh 2 boleh tp buat satu cawan je maka
1. 1 sudu nescafe, 1 sudu gula, 1 sudu air 
2. Kacau sampai foam 
3. 1 sudu milo, 1/2 sudu gula (sbb milo dah banyak gula dah) , 1 air panas [letak ke campuran no 2 tadi] 
4. Kacau sampai sebati
5. Tuangkan dalam cawan yang telah diisi susu 


Selamat mencuba! 





Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Hi :) Kite teringin juga nak try tapi member kita tak recommend dkt kita sbb im not a coffee lover. Probably into baking je musim pkp ni hehe nice sharing btw! Jemput https://fallensecrets.blogspot.com/2020/04/mco-day-31.html

    BalasPadam
  2. Setakat ni tak pernah lagi cuba buat. Adik adalah buat. Takut nak minum sbb guna kopi kan. Kita susah kalau minum kopi ni...nnt mlm xtertdo. Ada jg tgk org buat dalgona bandung.

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.