Corndog Anganku Musnah

Rupa tak cantik tapi sedap okay


Tengok tajuk pun korang mesti dah tahu kan apa yang Nadia nak ceritakan ni :'). Nadia dah lama perhatikan video orang makan corndog ni, lepastu dalam hidup Nadia tahun 2019 [Sejak Lahir sebenarnya] baru sekali je makan corndog. So atas kerana macam kempunan gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa dan kedai kat area rumah pun takde benda ala ala western ni so kita gagahkan lah buat sendiri. Maka inilah hasilnya. Nak tahu tak masalah dia dekat mana ?

Kalau korang taknak tahu pun kena tahu juga. Masalah dia berlaku sebab... sebab tepung tu tak cukup kepekatan dia so dia macam end up tak boleh nak melekat kat hotdog tu bebetul, so bila macam laju-laju letak dekat bread crumbs makanya tepung tu semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa jatuh meleleh. Makanya mcm yang secebit je melekat so macam sikit je boleh jadi. Tapi apa apa pun rasa dia sedap tau sebab rangup hehe .
 
Nadia taknak share resepi selagi corndog anganku ni berhasil betul-betul.

New Look !

New Look
Tadaa !!! New Look ! Tiga hari juga lah sebenarnya Nadia nak betul-betul berpuas hati dengan wajah baru blog  Nadia. Awalnya dulu buat warna soft biru tu, tapi bila lama-lama baru sedar yang Nadia ni minat warna pink. Maka, Nadia pun apa lagi tukar  semua jadi soft pink gitu! Rasa macam dah meningkat 21 Tahun ni rasa macam nak jadi lebih perempuan [hehe] . Kalau ikutkan sebenarnya senang je nak edit template blog ni, memandangkan Nadia sebenarnya guna design yang blogger dah sediakan tinggal nak customize. 

Tapi tu lah bila kita customize pun masih lagi ada beberapa element yang macam tak kena dengan kita ni. Tu yang prosesnya jadi lama tu. Sebab Nadia dah lama dah tinggal zaman blog ni, Tahun lepas macam buat comeback nak aktif berblog, jadinya nak menelaah html yang sedia ada tu sangat lah memeningkan. Kalau dulu Nadia suka sangat guna blogkin, Nadia rasa dulu ada satu masa yang kita google je blogskin dia akan keluarkan websites  yang tunjukkan semua template blogskin lepastu kita pun pilih lah mana yang berkenan. Tetapi bila Nadia buat comeback tahun lepas. Bila cuba google Blogskin, dah takde dah blogskin waktu zaman Nadia aktif dulu-dulu [bunyi macam dah lama hidup kan ?]. 

Bila dah tak jumpa blogskin tu mulalah kita pun search lah "Tutorial buat blogskin sendiri". Kita pun apa lagi try lah buat kan. Tapi Nadia rasa leceh lagi lagi bila bab page, nak kena edit satu satu dekat html so macam ala tak berkenan lah macam ni. [Sebenarnya Nadia yang noob sangat, takpe takpe kita slow slow belajar]. Oleh itu kita guna jelah template yang sedia ada dekat dalam blogger ni. tapi kita adjust sikit gitu dia punya html. Asalnya sebenarnya Nada guna Theme Watermark : Bird. Bawah ni sebenarnya blog assignment tapi assignment dah tamat maka kita jadikan dia sebagai blog untuk diuji kaji untuk edit edit html kita.




Asalnya theme dia macam ni, kekurangan dia sebenarnya dia takde boarder dekat bahagian sidebar tu, Nadia still nak ala ala blogskin gitu so macam kena ada sidebar tu. Kedua sebab dia takde read more read more tu. Nadia macam biasa nak gedik gedik ada readmore cantik - cantik. Kita adakan juga. Hihi. Tak banyak pun sebenarnya Nadia ubah. 3  Hari tu termasuk menghasilkan header yang simple tu. Almaklumlah kita betul-betul tak mahir nak main adjust colour lagi. HEHE :) Tapi apa apa pun Nadia suka New Look Nadia, hihi.


Kalau korang, Korang guna template yang sedia ada dekat blogger ni atau korang guna blogskin ??? 



Gagal bukan kemusnahan

source : Google 

Waktu semester 2 yang lepas, Nadia ingat lagi yang Nadia betul betul yakin [Note : Korang jangan lah macam ni yakin yakin gagal ni tak elok ] yang Nadia gagal dalam subjek Data Struktur(DS) (Subjek programming) dan betul betul weh Nadia gagal. Tapi kali ni Nadia gagal memang layak, sebab Nadia memang tak berusaha langsung dari start hari pertama kelas hingga lah hari terakhir kelas. Bukan lah tak berusaha, tetapi Nadia betul betul gagal memahami konsep data struktur tu. Nadia keliru sebenarnya kita nak guna Library Java punya ke, Nak guna manual ke dalam coding ni ? Mana satu ???? Sepanjang sem tu Nadia tak faham kenapa Pensyarah ajar cara import lagi banyak daripada kukuhkan cara manual sebab bukan apa *DALAM EXAM KAN KITA GUNA MANUAL* .
 
Tapi tu lah satu , Nadia sendiri lupa ni kan universiti kenapa Nadia nak expect pensyarah akan ajar ikut apa yang kita nak kan ? Nadia sendiri lah yang kena usaha nak faham apa sebenarnya yang pensyarah nak sampaikan. Tapi sayang , Nadia gagal nak menguasai apa yang Nadia belajar. Maka Nadia pun gagal dalam subjek DS ni. Awalnya bila Nadia gagal ni Nadia cam sedih lah , yelah cuba bayangkan bila kita tengok kawan-kawan kita semua tak gagal . Yang sakitnya subjek ni 5 Kredit !!! [Mesti korang faham kan kenapa Nadia rasa sakit pluss kecewa plussssssssssss terseksa] , 5 kredit tu sakit gak ah nak ulang dia mesti kacau jadual belajar kita. Tetapi, pada masa yang sama Nadia bersyukur juga Nadia kena repeat , sebab Nadia sendiri pun tak puas hati dengan apa yang Nadia belajar. Nadia macam apa Nadia belajar ni ? Jadi bila Nadia kena repeat tu, Nadia tak rasa sedih sangat lah sebenarnya. Nadia rasa macam kali ni biar repeat tu repeat puas puas. Maksudnya belajar tu puas dan betul betul berikan prestasi yang baik.

Nak dipendekkan cerita, Alhamdulillah Nadia betul betul manfaatkan keadaan bila Nadiarepeat ni. Orang kata belajar dua kali kita dapat kefahaman dua kali. Dan benda ni betul betul membantu Nadia. Nadia akhirnya berjaya memahami subjek yang Nadia frust ambil sem lepas. Tapi kali ni Nadia betul betul puas dengan apa yang Nadia belajar. Nadia faham kenapa setiap struktur tu berlaku macam ni dan sebagainya. Lagi satu, bila repeat ni Nadia jadi macam Nadia patut explore betul betul dunia coding ni. Nadia patut berusaha lebih dan lebih lagi. Dan lagi satu, yang menariknya. Pensyarah Nadia keluarkan result awal terus. dan Alhamdulillah Nadia berjaya dapat A+ !!!! Nadia syukur sangat sebab Nadia tak sia siakan repeat Nadia ni. 

Nadia paling tak sangka bila Dr kata Nadia dapat 50/50 dalam finals. ya Allah, hanya Allah je tahu betapa Nadia bersyukur dapat keputusan macam ni.




Dan Nadia pun tak sangka, dapat jadi champion dalam kelas tu. Sangat sangat tak sangka. Repeat ni sakit bila kita tengok orang lain dah kedepan. Awal - awal pun Nadia tak terima Nadia boleh gagal, tapi lama-lama Nadia rasa gagal tu adalah satu pembelajaran juga untuk kita. Macam mana kita nak manfaatkan peluang kali ke dua untuk buktikan kita boleh belajar dengan betul betul. Jadi, kalau korang ada gagal mana mana subjek, Jangan down sangat tau, yang korang perlu lakukan adalah bangun semula dari gagal. Kegagalan bukanlah kemusnahan tapi adalah satu iktibar dalam hidup kita, Tetapi ingat jangan bila gagal terus mengalah. Teruskan berusaha sampai berjaya.  :)


Korang pernah gagal tak sepanjang belajar ?