Langkau ke kandungan utama

New Look !

New Look
Tadaa !!! New Look ! Tiga hari juga lah sebenarnya Nadia nak betul-betul berpuas hati dengan wajah baru blog  Nadia. Awalnya dulu buat warna soft biru tu, tapi bila lama-lama baru sedar yang Nadia ni minat warna pink. Maka, Nadia pun apa lagi tukar  semua jadi soft pink gitu! Rasa macam dah meningkat 21 Tahun ni rasa macam nak jadi lebih perempuan [hehe] . Kalau ikutkan sebenarnya senang je nak edit template blog ni, memandangkan Nadia sebenarnya guna design yang blogger dah sediakan tinggal nak customize. 

Tapi tu lah bila kita customize pun masih lagi ada beberapa element yang macam tak kena dengan kita ni. Tu yang prosesnya jadi lama tu. Sebab Nadia dah lama dah tinggal zaman blog ni, Tahun lepas macam buat comeback nak aktif berblog, jadinya nak menelaah html yang sedia ada tu sangat lah memeningkan. Kalau dulu Nadia suka sangat guna blogkin, Nadia rasa dulu ada satu masa yang kita google je blogskin dia akan keluarkan websites  yang tunjukkan semua template blogskin lepastu kita pun pilih lah mana yang berkenan. Tetapi bila Nadia buat comeback tahun lepas. Bila cuba google Blogskin, dah takde dah blogskin waktu zaman Nadia aktif dulu-dulu [bunyi macam dah lama hidup kan ?]. 

Bila dah tak jumpa blogskin tu mulalah kita pun search lah "Tutorial buat blogskin sendiri". Kita pun apa lagi try lah buat kan. Tapi Nadia rasa leceh lagi lagi bila bab page, nak kena edit satu satu dekat html so macam ala tak berkenan lah macam ni. [Sebenarnya Nadia yang noob sangat, takpe takpe kita slow slow belajar]. Oleh itu kita guna jelah template yang sedia ada dekat dalam blogger ni. tapi kita adjust sikit gitu dia punya html. Asalnya sebenarnya Nada guna Theme Watermark : Bird. Bawah ni sebenarnya blog assignment tapi assignment dah tamat maka kita jadikan dia sebagai blog untuk diuji kaji untuk edit edit html kita.




Asalnya theme dia macam ni, kekurangan dia sebenarnya dia takde boarder dekat bahagian sidebar tu, Nadia still nak ala ala blogskin gitu so macam kena ada sidebar tu. Kedua sebab dia takde read more read more tu. Nadia macam biasa nak gedik gedik ada readmore cantik - cantik. Kita adakan juga. Hihi. Tak banyak pun sebenarnya Nadia ubah. 3  Hari tu termasuk menghasilkan header yang simple tu. Almaklumlah kita betul-betul tak mahir nak main adjust colour lagi. HEHE :) Tapi apa apa pun Nadia suka New Look Nadia, hihi.


Kalau korang, Korang guna template yang sedia ada dekat blogger ni atau korang guna blogskin ??? 



Ulasan

  1. amik dari blogger je...tapi design background kite lukis sendiri...hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahhh design background lukis sendiri. Nadia fail bab bab melukis ni al maklumlah tak kreatf!

      Padam
  2. I like pink tooo!!!! Nice wajah baru! Lagi happening warnaa blog ni. ^^ Jom join segmen Beeha https://beehaazman19.blogspot.com/2020/01/beeha-mencari-bloglist-baru-tahun-2020.html

    BalasPadam
  3. i like how you blog looks. cantik !

    BalasPadam
  4. I like the pink hue that you choose.
    And I kinda dig your header too. Rindu nak pakai header buatan sendiri.
    Anyway, love the whole new look.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.