Siapa ada tengok video Khairul Aming tentang minum air sempena beliau mempromosikan botol air montigo go bottle retro. Saya pun terhasut untuk ada habit ada botol air bawa ke mana mana. Walaupun Khairul Aming promo go bottle, tapi saya lebih tertarik beli jenis lain.
![]() |
| Boleh beli di shopee |
Time beli botol air montigo ini macam tepat pada masanya. Saya memang ada masalah untuk memastikan minum air dengan kuantiti yang sepatutnya. Sekarang dengan jerebu, cuaca panas, kalau tak beringat nak minum air mulalah rasa tekak kering, rasa dahaga yang melampau.

Gunakan mindset yang sama macam mana Khairul Aming tidak henti cakap "minumlah air". Bangun pagi, saya pergi minum air. Sedang kerja, setiap kali rasa lenguh, minum air. Bila kerja rasa macam stress, minum air. Kemas rumah, minum air. Uruskan kucing, minum air. Tahu - tahu habis air dalam botol. Dan memang pejam celik, sehari berjaya habiskan 3 botol air bersamaan dengan 2.8L.
Tengah misi diet, harap boleh kekal habit untuk tak order air manis bila makan - makan di luar



11 Ulasan
Ada tumbler comel mmg boleh motivate minum air lebih. Saya yg tak kerja di luar pun kadang isi dlm tumbler sebab malas basuh cawan haha
BalasPadamHAHAH TU BETUL, lepastu bila letak botol air depan mata dia macam asyik teringat je nak minum air
PadamMemang membantu bila ada botol air yang kita suka, rasa lebih rajin nak minum 😄 Cuaca panas dan berjerebu ni memang kena selalu ingatkan diri untuk kekal terhidrat.
BalasPadamdah lama terfikir nak beli tumbler sendiri tapi tak beli-beli lagi.Banyak sangat yang cantik sampai rambang mata..hahhaa
BalasPadamBab air ni yang minum air selalu ialah Dania.
BalasPadamMarilah kita. Ada juga tumbler tapi malas nak guna. Saya guna kaedah minum air mineral spritzer tu. Kena rajin membeli lah sikit. Dari situ senang tahu dah berapa botol air kita minum. Tapi tulah, bila minum air banyak rajinlah juga pergi toilet. huhuhu...
BalasPadamBetul, asyik ke toilet je end up
PadamBaguuus nih, biasakan minum air putih yg cukup. Saya dari kecil disuruh minum cukup air, sebab saat kecil saya sering sakit. Dan terpaksa minum banyak obat. Nak tak nak, wajib minum air yg cukup supaya kerja ginjal tak berat. Krn terpaksa makan obat banyak kan.
BalasPadamTerbiasa dari kecil, akhirnya saat besar pun minum air dah macam kebiasaan. Bangun pagi, yg saya lakukan dulu pasti minum air segelas.
Dan itu berguna untuk mencegah batuk.
Lamaa saya tak batuk. Sejak rutin minum air saat bangun pagi.
Bottle air montigo ini saya punya. Hadiah dari teman blogger Malaysia saat mereka datang ke Jakarta 😄. Saya pakai tiap hari juga
Suka kan ada botol montigo ini? Saya pun jatuh cinta dah pakai hari - hari
Padamammi pun kat office mmg cuba minum sebanyak air seblum pkl 3 petang. Lepas pukul 3 sip sikit2 je sebab kang jenuh nak cari toilet masa time nak balik tu. Kita dahlah nak travel KL-Seremban everyday
BalasPadamKak Ammi! Jauhnya travel. macam mana ya agaknya rasa kuat dalam bidang kerja ni
PadamSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.