Pesanan Khidmat Khairul Aming: Minumlah Air

Siapa ada tengok video Khairul Aming tentang minum air sempena beliau mempromosikan botol air montigo go  bottle retro. Saya pun terhasut untuk ada habit ada botol air bawa ke mana mana. Walaupun Khairul Aming promo go bottle, tapi saya lebih tertarik beli jenis lain. 


Boleh beli di shopee

Time beli botol air montigo ini macam tepat pada masanya. Saya memang ada masalah untuk memastikan minum air dengan kuantiti yang sepatutnya. Sekarang dengan jerebu, cuaca panas, kalau tak beringat nak minum air mulalah rasa tekak kering, rasa dahaga yang melampau.



Gunakan mindset yang sama macam mana Khairul Aming tidak henti cakap "minumlah air". Bangun pagi, saya pergi minum air. Sedang kerja, setiap kali rasa lenguh, minum air. Bila kerja rasa macam stress, minum air. Kemas rumah, minum air. Uruskan kucing, minum air. Tahu - tahu habis air dalam botol. Dan memang pejam celik, sehari berjaya habiskan 3 botol air bersamaan dengan 2.8L. 

Tengah misi diet, harap boleh kekal habit untuk tak order air manis bila makan - makan di luar













Catat Ulasan

0 Ulasan