Menara Condong Teluk Intan | sebuah menara tangki air yang kemudian dijadikan menara jam yang terletak di Teluk Intan, Perak. Ia menjadi mercu tanda bandar Teluk Intan sejak beberapa lama. Keunikan menara ini ialah ia menyerupai Menara Pisa, Itali. Menara ini dibina pada tahun 1885. Ia memiliki ketinggian setinggi 85 kaki dan terdapat 110 buah anak tangga. Walaupun telah berusia lebih 100 tahun, ia masih berdiri kukuh.
Sumber: Wikipedia
Haritu saya dapat masuk ke menara condong, katanya akan tutup untuk 2 tahun untuk sesi membaik pulih. asalnya ingatkan ada banyak tingkat, rupanya dua tingkat sahaja, selebihnya dipenuhi dengan tangki air, dan ada platform untuk jam besar tersebut.
Sayangnya dekat kawasan Menara Condong ini, nak tangkap gambar lawa lawa tanpa motor ataupun kon amatlah susah. Kon - kon tu buat kan menara condong kelihatan tak cantik pula. atau mungkin saya yang gagal ambil gambar dengan baik
Inilah gambar sedikit sebanyak yang saya ada, boleh nampak kot condongnya tu ? hahahaha.
Kalau dah sampai kawasan menara condong ini mestilah kena datang untuk makan cucur udang atau dulu lebih dikenali dengan panggilan gado - gado. Baru tahu rupanya gado - gado ni tutup pada hari ahad. Selalu datang sini hari ahad tak pernah dapat peluang nak makan, kali ini hari ahad dapatlah rasa gado - gado. Agak - agaknya kenapa ya kebanyakkan kedai dekat Teluk Intan tutup pada hari ahad. hmmm

.jpeg)







4 Ulasan
Lampu-lampu yang menyala tu buat menara nampak lagi klasik dan cantik. Kalau pandai cari angle, memang nampak macam dekat luar negara tau.
BalasPadamApa pun, memang port wajib singgah kalau ke Teluk Intan. Siang lawa, malam lagi ada aura!
Saya setuju, Kalau angle kena memang cantik macam luar negara. Tapi memang sayang sikit sebab bawah tu banyak sangat kon. Kalau kon kurang mungkin lagi menyerlah. Tapi kalau kita pergi luar negara pun usually bawah memang carca marba sikit, lagi lagi
PadamAla baru ingat nak pergi sini Aidilfitri nanti tapi dah nak tutup pula ye untuk reno
BalasPadamSaya tiap tahun selalu ke Malaysia tp biasanya KL atau Penang. Teluk intan nih blm lagi. Nanti harus saya datangi juga lah. Menarik spot wisatanya.
BalasPadamGado-gado kalau di sini semacam salad pakai peanut sauce. Beda pula dengan di sana ya ☺️
Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.