Abah Ikan Bakar Sekinchan
Makan - Makan: Abah Ikan Bakar, Sekinchan | Sejak dua menjak ni, saya punya tekak beralih kepada real makanan, makanan - makanan melayu. Rasa macam kebelakangan ini, makanan melayu sahaja buat diri rasa puas apabila makan.
Kalau dah berjalan dengan ahli keluarga ini, mestilah kita kena ikut selera mak abah kita kan. Mak abah kita pula dua dua orang lama, tekak memang setia dekat makanan makanan melayu kampung ini. Abah memang tekak dia kebelakangan always ikan bakar.
Kami pesan empat menu, Ikan jenahak bakar sambal petai, Ikan kerapu masak abang manis, Sotong Goreng Tepong, Udang masak salteg egg
Sotong Goreng Tepung
Sedap, tak liat dan senang digigit. Yang penting teknik ,masak tu bukan masak macam cucur.
Udang Masak Salteg Egg.
Udang besar, fresh and rasa salteg egg sedap. Tapi sayang kuah dia sikit sangat.
Ikan kerapu masak abang manis
Ini yang direcommendkan oleh kedai, masakkan dia masam manis tapi ada hint tomyam. Yang ini memang sedap tapi akan lagi sedap kalau kulit ikan tu garing dan kuah nya banyak.
Ikan jenahak bakar sambal petai
Yang ini paling kurang sedikit. Sebab rasa lebih kepada rasa kunyit, kuantiti petai kurang, dan rasa macam ikan tak dibakar dengan sambal.

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)


7 Ulasan
sotong celup tepung dia sedap tapi menu ikan ni memang mengecewakan
BalasPadamSampai sekarang saya rasa takde lagi tempat boleh menang dengan sotong tepung dekat sini
PadamPernah singgah dekat sini .. makanan boleh dikatakan apa yg CCL order tu semua sedap²
BalasPadamBetul makanan dia sebenarnya sedap. cuma ada beberapa sahaja lah macam boleh diimprovekan lagi.
PadamPernah makan sini masa balik dari lawatan tapak kerja dengan team. Bersemangat semua makan sampai berpeluh-peluh😅Rasanya ngam dengan tekak kami
BalasPadamBetul! tak nafikan makanan dekat sini sedap. Ikan bakar je waktu tu kami rasa more kepada kunyit instead of sambal petai tu. Yang lain sebenarnya cukup rasa!
PadamSemakin usia bertambah , selera saya pun lebih ke makanan lokal sekarang ini. Zaman remaja masih sukaaa sangat western foods. Sekarang dah berkurang.
BalasPadamKalau seafood memang susah menahan godaannya kak 😄😄❤️
Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.