Hiking 7 Jam: Melukis Baby Parrot di Taman Rimba Bukit Kerinchi


Disebabkan dah mendaftar untuk naik gunung kinabalu pada tahun 2026, nak tak nak saya dah kena ada disiplin untuk training supaya saya tidak menyesal apabila hiking gunung kinabalu nanti.

Ikut kawan hiking saya pada mulanya macam sikit je ni 5.41km, sekali pergi ikut, total sebenar adalah 9.05km. Sebenarnya salah satu masalah pergi hiking adalah, saya mahu ke tandas. Tapi, dekat tempat kita selalu hiking mana sediakan tandas kan. Itulah cabaran paling susah buat saya. Silap saya tak singgah tandas before start hiking dulu, lepas ini itu apa yang saya akan buat terlebih dahulu.

Inilah hasil lukisan baby parrot yang saya buat, ada sedikit kecacatan, tapi saya tetap proud dengan diri saya. Tapi jujur saya cakap, memang saya give up sebenarnya, tapi saya kena berusaha slow slow dan jangan give up. Lepas ini kena beli kasut khas for trail, sebab saya takde. Nak kena shopping kat decathlon next week kalau begini. 

Korang pernah pergi Gunung Kinabalu tak? ada apa apa cadangan tempat hiking yang saya boleh pergi sebagai persediaan? paling risau sebenarnya AMS.

Catat Ulasan

0 Ulasan