Nasi Lemak Signature Ayam Panggong di Luck Bros Kopi, Nu Sentral

 Dah kali ketiga makan dekat sini. Rancangan asal sebenarnya nak makan Oriental Kopi di NU Sentral, tapi beratur panjang pula, jadi tak dapat lah nak makan dekat sana. 

Plan B - kalau Oriental Kopi panjang, kita pergi Luck Bros Kopi. Dua dua kopitiam, kira okay lah kan.

Siapa pernah makan sini dan minum coffee dia? Saya pernah pergi dan sebagai seorang yang suka akan kopi di kedai kopitiam, pertama kalinya saya tidak boleh telan kopi di sini. Rasanya sangat kaw kaw yang tidak boleh diterima oleh badan. Itu yang kali ketiga makan ini memang tak order kopi dah, takut rasa penangan kali pertama minum tu.

Kali ini makan Nasi Lemak Signature Ayam Panggong. Banyak portion yang diberi, rasa kenyang penuh sangat bila makan. Cuma sambal diberi sahaja agak sedikit. Ayam kalau juicy lagi best sebenarnya. Makan portion macam ini, habislah diet saya kelaut :(.


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Sebelah opis akak je ha..tapi x pernah lepak sini lagi....eh nak kena pi cuba makan kat sini ke apa ni..Oriental tu penuh memanjang...nak cuba la Jumaat ni

    BalasPadam
  2. Dah tiga kali datang tapi kopi masih masuk senarai “jangan cuba lagi” tu memang kuat betul penangan kali pertama. 😂 Nasib baik menu makanan Luck Bros Kopi masih boleh jadi Plan B bila Oriental Kopi penuh.

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.