Persedian untuk menghadapi ekonomi 2023

Seperti yang kita tahu, tahun 2023 ini ekonomi Malaysia akan tidak menentu. Antara perkara yang merisaukan kita semua adalah berlakunya Inflasi.

Inflasi adalah satu kenaikan harga yang berterusan bagi kesemua barangan dan perkhidmatan dalam ekonomi. Inflasi boleh mengurangkan nilai wang dan membuatkan harga barangan dan perkhidmatan meningkat. Inflasi boleh menjejaskan kos sara hidup dan mengurangkan nilai simpanan. Inflasi boleh diukur dengan menggunakan kadar inflasi, yang menunjukkan lonjakan purata harga barangan dan perkhidmatan dalam satu tempoh masa.

Dalam laporan Bank Dunia ada juga menyebutkan dunia mungkin semakin menghampiri kemelesetan global pada tahun ini kerana krisis kewangan berlaku di seluruh dunia. Kita sendiri dapat lihat, kadar faedah (Overnight Policy Rate [OPR]) di seluruh dunia naik secara serentak sebagai tindak balas kepada inflasi.

Memandangkan ekonomi dunia terus menghadapi ketidaktentuan, selain daripada melihat kerajaan mengorak langkah untuk menyelamatkan ekonomi, penting juga setiap individu mengambil langkah serta bersiap siaga bagi menghadapi krisis ekonomi pada tahun ini. Ingat, hidup ini juga perlukan usaha dari kita, bukan dengan hanya menanti bantuan berkunjung datang apabila kesusahan


Langkah Persediaan Menghadapi Ekonomi 2023

Bagi menghadapi ekonomi negara pada tahun 2023 yang tidak menentu ini, kita semua perlulah mempunyai ilmu kewangan untuk pengurusan kewangan yang baik. Kaji Selidik Kebangsaan MFPC 2020 mengenai Keupayaan Kewangan dan Pengguna Perkhidmatan Nasihat Kewangan di Malaysia telah mendedahkan bahawa sebahagian rakyat negara Malaysia secara amnya tidak tahu menguruskan wang masing - masing. Malah, kajian daripada Bank Negara Malaysia (BNM), sebanyak 75% daripada rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan sebanyak RM1000.

Ramai yang masih tidak sedar sebenarnya kepentingan pengurusan kewangan, oleh itu marilah kita sama - sama berubah menjadi seorang yang bijak dalam menguruskan kewangan.

Antara cara persediaan kewangan yang kita boleh lakukan adalah:

Pastikan Tabung Kecemasan Mencukupi

Tabung kecemasan atau simpanan kecemasan adalah salah satu alternatif untuk persediaan atau perlindungan sekiranya berlaku sesuatu situasi yang tidak dijangka. Jumlah yang disarankan untuk tabung kecemasan adalah 6 - 12 bulan jumlah pendapatan. Tabung kecemasan ini bertujuan untuk digunakan bagi kecemasan - kecemasan seperti kereta rosak, kemalangan, sakit secara tiba - tiba dan sebagainya. Tabung kecemasan ini tidak boleh diguna sama - sekali melainkan keadaan yang medesak.

Dimanakah anda patut meyimpan wang kecemasan ini ?

Anda boleh simpan di dua tempat iaitu sama ada Tabung Haji, atau Amanah Saham Bumiputera (ASB) . Tabung Haji dan ASB kerana anda boleh mendapat hibah/dividen setiap tahun. Ia juga merupakan salah satu platform pelaburan kurang berisiko. Selain itu, kedua - dua platfom ini juga mudah untuk dikeluarkan sekiranya perlu.

Sekiranya anda tidak mempunyai lagi Tabung Haji dan ASB, bersegeralah membuka kedua - dua akaun ini.


Menukar gaya hidup kepada gaya baharu (Mengurangkan perbelanjaan bulanan)

Kaji selidik semula perbelanjaan dalam sebulan. Pasti ada yang boleh kita ubah agar kita dapat mengurangkan perbelanjaan demi untuk mengekalkan kehidupan yang selesa. Jangan tunggu apabila nasi sudah menjadi bubur barulah kita ingin ubah gaya hidup kita. Ketika itu, kita mungkin tidak boleh hidup selesa seperti mana yang kita telah merasa kini. Antara perubahan yang kita boleh buat adalah dengan membawa bekal ke tempat kerja, terutama bagi mereka yang sukar untuk mendapatkan makanan dengan harga yang murah di kawasan tempat kerja.

Membuat perancangan kewangan

Merancang Simpanan

Merancang simpanan anda adalah penting bagi memastikan kita dapat meyimpan wang dengan lebih bijaksana. Banyak formula yang telah dipertengahkan oleh ramai penasihat kewangan. Sebagai contoh:

Formula: 50:30:20

50%: Keperluan

Keperluan bermaksud perbelanjaan yang penting dan tidak dapat dielakkan seperti rumah, makanan, pengangkutan, bil utiliti dan seangkatan dengannya.

30%: Kehendak

Kehendak ini untuk apa - apa yang kita inginkan. Sebagai contoh, membeli - belah, melancong, hobi dan sebagainya

20%: Simpanan & Pelaburan

Simpanan dan pelaburan ini adalah termasuk untuk menyimpan wang kecemasan yang telah dinyatakan di atas. Tujuan simpanan dan pelaburan adalah untuk memudahkan masa hadapan.

Terdapat formula lain juga seperti 70:20:10 dan formula - formula ini sebenarnya hanyalah sebagai rujukan

Selain itu, terdapat kaedah lain juga untuk merancang simpanan, iaitu dengan mengunakan Savings Calculator.

Savings Calculator

Savings Calculator merupakan platform kalkulator atas talian (online calculator) yang membantu untuk memberitahu jumlah perlaburan yang kita simpan dalam tempoh - tempoh tertentu.


Cara - cara menggunakan Savings Calculator

  1. Isi jumlah awal simpanan (initial savings) yang kita telah ada.
  2. Masukkan jumlah tahun pelaburan ini
  3. Masukkan jumlah kadar faedah (interest rate)
  4. Masukkan deposit atau pengeluaran yang akan dilakukan secara berkala

Kemudian, tekan “calculate”. Selepas itu, savings calculator akan memberikan keputusan jumlah wang hasil simpanan sebelum cukai dan juga selepas cukai.


Di laman sesawang Savings Calculator ini juga anda boleh melihat keseluruhan transaksi simpanan ini. Tekan butang “Inline Schedule atau Printable Schedule” untuk melihat.


Di Savings Calculator ini juga terdapat pelbagai calculator. Antaranya ialah:

  1. Tabung Penyimpanan Matlamat (Savings Goal Calculator: Establish Your Savings Plan to Reach Your Goals
  2. Tabung Penyimpanan Kolej ( College Savings Calculator: Higher Education Savings Plan Calculator)
  3. Tabung Perancangan Bersara (Retirement Savings Calculator: Financial Savings Plan to Fund Your Retirement Income)

Pelaburan (Investment)

Pelaburan adalah salah satu cara yang bijak bagi menanam modal. Pelaburan juga merupakan salah satu cara untuk memastikan wang berkembang dengan baik .

Pelaburan boleh dilakukan di pelbagai platform, termasuk di dalam Tabung Haji, Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan juga GO + (Touch n Go).

Ketiga - tiga platform ini sebenarnya merupakan pelaburan yang sangat kurang berisiko. Sebagai permulaan untuk memulakan struktur kewangan yang bagus, Ketiga - tiga platform ini adalah permulaan yang baik. Antara ketiga - tiga perlaburan ini, Tabung Haji memudahkan umat Islam kerana hibah/dividen telah tolak zakat.


Extra Tips

Sepanjang saya hidup selama 20 ++ tahun, saya perasan tidak ramai sebenarnya ahli keluarga yang membuat akaun Tabung Haji/ASB buat anak - anak mereka. Saya kagum dengan keputusan ahli keluarga saya yang memastikan anak - anaknya memiliki tabung haji sejak kecil lagi. Hasil simpanan dalam tabung haji inilah yang akan bantu untuk bayar kelas seperti kelas memandu yang semakin mahal.

Jadi pada para ibu - bapa yang belum membuka akaun tabung haji/ ASB, saya amat sarangkan agar anda membuka. Simpanlah duit - duit seperti duit yang orang bagi waktu anak anda lahir, duit raya dan sebagainya. InsyaAllah memberi manfaat

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Alhamdulilah parent Cuya pon buka tabung haji untuk kami adik beradik. Memang sangat bermanfaat sebagai simpanan di masa akan datang.

    BalasPadam
  2. hakikat ramai rakyat malaysia tak ada simpanan at least rm1000 tu mmg menyedihkan. bla beri nasihat kewangan mcm2 alasannya. tu belum ckp psl insurans etc tu

    BalasPadam
  3. Hemm..sepertinya krisis ekonomi menyeramkan sekali,harus siap"kencangkan ikat pinggang nih..trimakasih infonya sis🙏

    BalasPadam
  4. kita makin ketinggalan dari segi ekonomi berbanding negara jiran ciput singapura dan brunei gituu., huhu

    BalasPadam
  5. Bagus betul perkongsian ini. Jujurnya saya yang masih memikirkan bagaimana cara awal nak menyimpan bila baca info di entry ini memang betul2 memberi jalan pada saya. terimas sis share info yang sangat2 bermanfaat ini.

    BalasPadam
  6. our country is suffering from inflation too especially now that we have a new President. Let's just pray for our country that's all we can do.

    JULIE ANN LOZADA BLOG
    INSTAGRAM: @julieann_lozada

    BalasPadam
  7. masih menabung sikit2 dlm tabung haji dan ASB.. dlm masa yg sama dlm prudential, byr insurans sekali savings. kalau tgk earning google adsense pun makin turun. USD pun teruk skrg ni

    BalasPadam
  8. Perkongsian yang bagus.. ASB dan tabung haji, 2 tempat yang menjadi pilihan Sha utk menyimpan..

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.