Pernah anda dengar antara salah satu kaedah untuk kita asah pemikiran kanak - kanak menjadi sorang yang bijaksana adalah dengan memahirkan mereka dengan ilmu hisab (ilmu kira -kira, ilmu matematik). Hal ini kerana, ilmu matematik ini juga meruapakan salah satu ilmu yang boleh memberi kekuatan pemikiran dan ingatan.
Selain itu, ada satu video yang saya pernah tengok di medial sosial. Dalam video tersebut, seorang guru menyatakan mengapa penting seseorang pelajar itu perlu berjaya menguasai matematik dan juga addmaths. Guru tersebut juga memberi lagi pendapat, “cuba tengok mana - mana pelajar yang matematik/addmaths nya hebat (dapat A, A+), mesti boleh score subjek lain kan ?”.
Ketika saya mendengar pendapat guru ini, saya juga bersetuju apabila melihat pencapaian saya. Sewaktu saya tingkatan 4, saya telah mengambil keputusan untuk mahir dalam addmaths, waktu itu usaha saya memang setiap hari bangun 4 pagi hanya nak buat latihan addmaths. Ternyata, selepas itu saya tiada masalah untuk belajar subjek subjek lain seperti kimia dan fizik. Berjaya juga peroleh tempat ketiga dalam batch waktu ujian satu. Sejak dari itu, saya akan pastikan saya adalah top 10 dalam batch (dari form 4 - form 5) dan mendapat top 3 dalam kelas.
Oleh itu, saya juga berpendapat pentingnya kita menerapkan ilmu pengiraan pada kanak - kanak. Malah sekarang dah ada pelbagai alternatif nak belajar kira - kira. Sebagai contoh, melalui games yang mempunyai interface yang sangat menarik dan boleh menarik perhatian kanak - kanak agar tidak bosan.
Konsep matematik dalam game ini adalah tambahan dan tolak (+, -). Tugas utama pemain dalam game ini adalah sebagai cashier yang akan menekan harga barang pada kalkulator. Setelah selesai, pemain perlu menekan total untuk mengetahui jumlah yang perlu dibayar oleh pembeli. Tricky part dekat sini adalah kalau keliru dengan bayaran voucher. Keliru juga apabila kerap pelanggan bagi jumlah wang cukup - cukup dengan bayaran (tidak lagi perlu beri baki). Sekali terkena pula situasi kena bagi baki, ha terus kabut.
6 Ulasan
Wah game nya unik"ya..selain dapat kepuasan juga mengajarkan ttg ilmu menghitung,butuh ketelitian...sayangnya saya hanya main game asah kata dan TTS..hahaha
BalasPadamkalau game yg membina minda mcm ni ok lg bg sy. kalau yg melekakan tu laa yg kdg buat sy risau jg...
BalasPadamp/s selamat berpuasa nadia✌️
BalasPadamSuka game macam ini.. Buat kita berfikir dan mencongak..
BalasPadamGame untuk kanak-kanak macam ni bagus tapi untuk anak-anak remaja perlu dikawal juga
BalasPadamgame macam ni ammi suka utk anak-anak. belajar sambil bermain...dr main tembak sana tembak sini..
BalasPadamSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.