Reward Diri: Pecan Praline Latte dan Empire Sushi

Salam Jumaat! Hari Jumaat ini sebenarnya hari yang disukai oleh insan - insan yang bekerja sebab esok (Sabtu dan Ahad) akan cuti. Setelah penat lelah bekerja selama lima hari, hari hujung minggu akhirnya tiba!

Saya sebenarnya tak suka hari jumaat sekiranya saya tiada rasa tugas yang mendesak. Makanya seharian akan termenung. Setakat ini, saya masih tiada usaha lagi untuk memperbaiki diri (ambil kelas coding di masa lapang). Rasa susah betul nak push diri ini untuk sentiasa buat perubahan ke arah lebih baik (Perubahan ke arah pengaturcaraan yang bagus). Bila agaknya saya akan berubah.

Banyak sebenarnya perkara yang saya nak ubah. Contohnya, tidur awal. Sebab kalau tidur tak cukup esok paginya rasa nak lesu sahaja. Kedua, makan makanan sihat. Selalu ada sahaja azam nak ubah gaya pemakanan. Kata pada diri untuk bawa bekal, ah perempuan bujang macam saya rasa tidak mahu memasak! (ceh ayat perempuan bujang). Sebenarnya tiada idea nak memasak. Dan rasa nak makan kat luar sahaja waktu lunch. Nanti - nanti saya kasi adjust nak bawa makanan apa.

Rasanya saya dah terbebel, tidak kena pada tajuk.

Pecan Praline Latte | Coffee ini sebenarnya popular dekat Tiktok, selalu saya order buttercream latte atau caramel macchiato. Sejak dah cuba Pecan Praline Latte memang terus jadi kegemaran. Setiap kali nak reward diri sendiri memang akan terkenang Pecan Praline Latte.




Saya tak pasti apa yang saya tengah rewardkan sangat ini. Tapi rasanya sebab tekak saya nak makan makananan yang sedap. Kebelakangan ini tidak tahu sebenarnya tekak ini mahu makanan sedap yang macam mana. Rasanya penangan demam seminggu haritu rasa tidak selera nak makan makanan apa.

Sushi ni beli pun sebab minggu lepas dah plan nak pergi bonanza sushi, tetapi demam terus tak dapat lah nak pergi bonanza :’), makanya kita ganti lah sushi hari ini.



Dapat Quotes of the day :)

Catat Ulasan

21 Ulasan

  1. Itu dia, lepas sihat terus berselera makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu betul. Bahaya selera makan bertambah, tak diet diet lah saya

      Padam
  2. Pecan praline latte very interesting I think only simple litre is my favorite:)

    BalasPadam
  3. Takpe, reward sebab masih kekal bersemangat pun boleh ;)

    BalasPadam
  4. rehat dan tidur pun salah satu reward utk diri sndr juga...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sejenis kalau tidur akan rasa stress kalau bukan waktu tidur ahha

      Padam
  5. Setuju dgn afzan... golek² atas katil dan terus tidur pn self-reward jugak... sedap empire sushi ni pernah beli kat situ masa ke sana dulu

    BalasPadam
  6. buttercream stakat ni fav...pecan praline lattte tu bff pernh order juga

    BalasPadam
  7. Nampak sedap..
    Reward diri perlu kan..
    untuk beri motivasi kepada diri sendiri

    BalasPadam
  8. Sedapnya kopi tu... sekali-sekala self-reward utk penat-lelah bekerja boleh jadi motivasi diri-sendiri utk terus berusaha keras ;) Pasal nak belajar coding tu, mungkin boleh jadikan azam tahun 2023?

    BalasPadam
  9. azam nak tidur awal la paling susah. sedihnyaaa :( sebab dah terbiasa kan zaman universiti tidur lewat siapkan assignment TT

    BalasPadam
  10. siapa lagi nk reward kan diri sendiri kalau bukan kita kan? dpt minum air sedap tu pun dah kira reward juga laa... ;-)

    BalasPadam
  11. p/s saya ada emel semalam. terima kasih tau sudi bantu ;-)

    BalasPadam
  12. saya kalau gi gigi selalu order buttercream latte. sebab tu je yg tak pahit sangat.
    empire sushi tu memang tak pernah bosan makan. saya kalau singgah mana-mana mall yg ada empire sushi, boleh dikatakan wajib beli ye. maklomla hantu sushi hahaha

    BalasPadam
  13. saya pun sellau reward diri dengan makanan.

    BalasPadam
  14. Best nya makan-makan untuk reward diri. KSarie pun suka reward jenis macam ni hehhehehehe

    BalasPadam
  15. nasib baik mood membawa bekal tu dr bujang sampai dh anak sorang masih lg bawa. sbb malas nk keluar lps tu fikir nk mkn apa

    BalasPadam
  16. mcm sedap je bunyi la, leh try ni plus x try lagi G cafe yg baru bukak kat senawang tu.. emm...interesting!

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.