Officially Graduated from Universiti Malaya

Alhamdulillah syukur secara rasmi saya merupakan graduan dari Universiti Malaya. Tidak sangka penat lelah belajar 3 tahun 6 bulan, telah terjawab pada hari ini. Siapa sangka, seorang Nadia yang setiap kali rasa susah terus mengeluh dan berkata “Dah cakap, siapa suruh masuk Software Engineering, kan dah penat belajar”. Macamlah bidang lain cabarannya mudah. Tak pun, tengah stress tiba - tiba bersuara “Mana lelaki kaya dalam dunia ni, tak nak ke masuk meminang aku”. Lapuk betul mentaliti saya ni. Haha. Asal stress belajar, berangan kahwin dengan lelaki kaya. Agaknya waktu itu dia lupa tanggungjawab dalam perkahwinan ini banyak sebenarnya.



9 Disember 2022 : Saya secara rasminya telah pun menjadi alumni Universiti Malaya :’). Pejam celik pejam celik sahaja sebenarnya, tahu - tahu sebenarnya dah tamat belajar.

Saya bangun pagi seawal jam 5.00 pagi. Sebab sidang pagi, bermula pendaftaran 7.30 pagi. Kemudian saya memang tak sanggup nak berebut parking, jadi memang gagahkan diri gerak dari tempat penginapan sekitar Universiti Malaya seawal jam 6.30 pagi. Saya ingat saya terlalu awal sebenarnya, rupa - rupanya ada orang lain yang lebih awal dari saya. Sampai tempat parking, saya tunggu dahulu kawan - kawan saya untuk tiba. Tak nak masuk dewan sorang - sorang nanti rasa “sunyi” dalam dewan.


Pada asalnya, nak rancang duduk belakang sedikit dalam dewan, tapi kita hanya mampu merancang, kami excited sangat, jadi masuk, tahu tahu duduk baris kedua.

Youtube Link

Kebetulan ada backup live, betul betul bermula dengan saya, jadi tak susah lah semua orang nak tengok kan?. Ramai tegur bukan main lebar saya senyum naik pentas yang hanya “dua minit”. Mestilah senyum lebar, sebab bangga pada diri kerana telah berjaya harungi suka duka menjadi pelajar UM.  


Untuk Nadia,


Tahniah sebab dah berjaya habiskan Ijazah Sarjana Muda dalam Komputer Sains di Universiti Malaya. Awak dah lakukan yang sangat terbaik selama 3.5 tahun. Perjalanan hidup awak memang masih panjang, tapi awak berhak untuk bangga pada diri kerana telah pun berjaya mendapatkan segulung Ijazah. Semoga sentiasa bersemangat dalam menceburi kejayaan dan impian awak. Jangan pernah mengalah untuk mengenali diri sendiri dan mencari corak langkah yang tepat untuk diri sendiri. Semoga urusan yang akan datang dipermudahkan, dan semoga sentiasa bermotivasi untuk terus memperbaiki diri. 

Catat Ulasan

20 Ulasan

  1. alhamdulillah tahniah tahniah tahniah nadia!!! ok apa sampai awal? baru nampak ke'excited'an nya tu hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, memang betul betul excited nak graduate. Terima kasih kak anies :')

      Padam
    2. sama sama. semua yg pakai jubah convo ni, akan rasa teruja... lps ni ada plan sambung masters ke?

      Padam
  2. Tahniah dik..moga sentiasa maju jaya dalam kerjaya pula ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. InsyaAllah. banyak lagi benda kita nak kena belajar hidup dalam alam dewasa yang sebenar

      Padam
  3. Alhamdulilah.... tahniah nadia!! semoga lebih success lepas ni... selamat cari keje plak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. InsyaAllah saya akan berusaha untuk menjadi lebih berjaya

      Padam
  4. congratulations nadia!! good job and well done 🎉

    BalasPadam
  5. tahniah nadia...
    sebijik sebijan betul muka nad ngan mak

    BalasPadam
  6. alhamdulillah..congrats!!! well done!

    BalasPadam
  7. alhamdulillah tahniah!.. rasanya cousin hubby pun dh convo sekali dgn nadia tp course lain. hehe apa pun kena senyum lebarkan

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.