#PlayGame: Main Game Kanak - Kanak di Calculator.org

Waktu pertama kali saya buka platform https://www.calculators.org/games/board-games.php, terus saya rasa teruja + mengenang kenangan lalu (fuh, bunyi saya dah tua betul ya). Bayangkan game - game yang dahulu kita main secara fizikal, sekarang boleh main digital sahaja. Mudah sebab hanya dengan laptop dah boleh main game. Tak macam dulu, setiap petang kena pergi kedai runcit dan beli board games yang kita minat. 


Sekarang mudah, kita main sahaja dekat calculator.org !

Snakes And Ladders 


Snakes and Ladders adalah salah satu permainan yang MESTI kita main waktu zaman kecil - kecil dahulu. Betul tak? Saya sendiri sudah lupa peraturan untuk main game ini. Sampai saya terkejut waktu saya main, apabila ada pihak lawan sampai ketempat saya, saya akan ditendang hingga kebawah. (Aduh, sakit betul waktu tu). Saya rasa waktu saya bermain kecil - kecil dahulu, peraturan seperti itu kami bubarkan. Koyak kalau kekalkan (lagi - lagi kalau perempuan main, kita nak menang!!!). Setuju?

Checkers


Game Checkers ini paling saya puas hati main. Saya main 10 kali, 10 kali saya menang!!!! Tapi kalau main dalam realiti, saya rasa saya akan kalah berkali-kali juga. Sebab game dekat sini dah diprogramkan untuk alert user (pemain), dam mana yang boleh gerak. Kalau ada dam tu boleh makan dam lain, ha dam tu sahaja yang boleh gerak. Ini kalau main realiti, mahu mata kita tak perasan dam mana yang boleh makan. Selaku orang yang selalu kalah dalam realiti, saya amat bahagia dapat menang 10 kali.HAHA

Connect-4


Ini game paling stress. Realiti dan Virtual, kedua - duanya saya tetap seorang yang kalah. Main 5 kali baru nak dapat merasa menang sekali. Menang tu pun saya tak sedar yang saya boleh menang. HAHA. Letak lepastu tahu - tahu eh menang!!!!!! Sebab time tu board dah penuh dah, kalau saya letak, atas tu pihak lawan menang, rupanyaa, saya menang dulu. Pada muka robot. haha

Battleship

Games Battleship ni saya kagum dengan User Interface. Fuh, boleh tahan teliti juga lah sebab kita  boleh nampak ya kita punya peluru mendarat dan menembak pihak lawan. Selalunya akan ada effect bunyi dan tanda sahaja apa yang kita ini serang. Game ini paling pening bila kita tak boleh predict macam mana susunan. Nampak sahaja main pilih - pilih waktu lawan. Kalau nak menang, kena fikir, kawasan ini apa potensi untuk kapal - kapal sekian sekian saiz. 

Sebenarnya ada banyak lagi games dalam calculator.org/games. Banyak juga game menarik yang kebanyakkannya bercirikan matematik. 

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Seems great :) thanks for your sharing...

    BalasPadam
  2. anak ammi main connect 4 tu siap gaduh2 lagi. tak puas hati bila pihak lawan letak pin kat tempat yg dia dah aim ahaksss

    BalasPadam
  3. Teringat pulak kecik2 dulu main board games ni semua. Dah ada online lagi senang nak main macam nih.

    BalasPadam
  4. Game dam ular tu layan juga. Lama betul main sampai nak habis. Stress kalau asyik kena turun je. huhu...

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.