Perjalanan Saya untuk Menjadi Seorang Developer

 

Photo by Sabrina Gelbart: https://www.pexels.com/photo/full-frame-shot-of-abstract-pattern-249798/

Kali ini saya nak buat perjalanan saya sehingga saya mengambil keputusan menjadi sorang “developer”, Walaupun saya baru membina kerjaya selama 3 bulan, tapi saya berminat untuk mennjadi seorang developer sejak tahun 2019.

Bagaimana Saya Boleh Terdetik Untuk Ambil Bidang Software Engineering?

Pada zaman sekolah, saya tidak pernah tahu pun wujudnya cita-cita / kerjaya “Developer”. Yang saya tahu ketika itu adalah ingin menjadi seorang “guru, tukang jahit, fashion designer, gubah hantaran, ahli angkasawan, saintis”. Yang pasti satu sahaja tidak pernah terlintas dalam minda saya iaitu “Doktor/apa apa cita yang melibatkan perubatan”. Sebab kesakitan kesihatan adalah kelemahan yang saya akui dalam diri saya. Maka, selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tujuan utama saya adalah “Belajar yang tidak mengena menjadi seorang perubatan”. [Saya masih tidak tahu saya ingin menjadi apa namun ketika ini cukup saya telah mendefinisikan impian saya sebanyak 1%]

Jadi, Bagaimana Saya Tahu Wujudnya Pengaturcaraan (Programming) ?

1. Di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM)

Saya tahu wujudnya programming ketika saya belajar asasi di PASUM dalam bidang sains fizikal. Waktu belajar di Pasum baru saya tahu wujudnya “pengaturcaraan”. Perkara paling asing yang pernah saya dengar. Saya rasa menarik belajar subjek ini sebab banyak “logic thinking”, lagi - lagi pada awal silibus kami belajar tentang “LOGIC GATE” (NOT,OR,NOR,AND). Dan juga binary (1 - yes & 0 - no). Perkara - perkara yang saya belajar ini yang membuatkan saya jatuh cinta dengan subjek ini.

Photo from Small Logic Gates — The building blocks of versatile digital circuits -  Part 1 | Nuts & Volts Magazine (nutsvolts.com)

2. Melalui Senior yang Mengambil Software Engineering

Saya boleh katakan, senior saya sebenarnya banyak mempengaruhi saya. Erti kata lain, inilah yang dikatakan "pengaruh rakan sebaya". Mendengar cerita beliau mengambil bidang Software Engineering (SE) di Universiti Malaya (UM) telah menyebabkan keinginan saya ingin belajar dalam bidang ini lebih mendalam. Mendengar cerita - cerita beliau tentang SE membuatkan saya percaya ini lah bidang yang saya nak masuk. Berkawan dengan senior saya telah memberikan saya pendedahan yang banyak mengenai SE. Walaupun pada awalnya saya tidak faham apa yang dikongsikan oleh beliau. Namun, lama - lama saya boleh memahami. Jadi bernetworking (bersosial) amat penting sebenarnya untuk kita lebih tahu tentang perkara lain.

**sekiranya anda berminat tentang dunia developer ini juga saya boleh sarankan untuk follow senior saya

Afrie Irham:  Twitter & Youtube

*sama - sama kerana telah memperkenalkan diri anda. (Sekiranya anda (senior) membaca artikel ini)

Jadi disebabkan itu, saya mengambil keputusan untuk mengambil bidang Software Engineering di UM.

SPM (Sains Tulen) → Asasi Fizikal → Software Engineering

Bagaimana Boleh Tahu Wujudnya “Kerjaya Developer” ?

Photo by Neo: https://www.pexels.com/photo/lines-of-code-2653362/

Jujur, sewaktu saya masuk tahun pertama saya sebenarnya tidak tahu juga hala tuju kejayaan saya. Saya tidak tahu apa sebenarnya yang saya boleh capai dengan belajar SE. Walaupun Senior saya banyak sharing, saya masih di situasi “Tidak Tahu” & “Tidak Nampak”.

Pada waktu itu yang saya sangat - sangat “taksub/ketagih” adalah bermain dengan template blogger. Dari bermula blogskin (2010) hinggalah bermain dengan edit template (kini - 2022). Kadang - kadang waktu study week tahun pertama, saya boleh pula menghabiskan masa saya dengan template berbanding ulang kaji (**tidak patut contohi). Waktu itu, saya fikir saya nak belajar mengenai perkara ini sebenarnya di UM. Tapi pada tahun pertama itu, tak wujud pun.

Rupa - rupanya pada tahun kedua saya belajar iaitu “Web Programming”. Waktu itulah baru saya tahu selama ini, saya bermain dengan HTML dan CSS. Jujur saya katakan, ketika itulah saya dah khaskan masa depan saya perlu jadi Developer. Inilah yang saya mahukan. Walaupun saya sedikit kecewa ketika itu saya dapat web programming [bukan A/A+]. Tetapi saya tidak menganggap result saya itu untuk menghalang saya ceburi bidang ini.

Apa Langkah Saya untuk Mencapai Kerjaya ini?

Photo by Christina Morillo: https://www.pexels.com/photo/two-women-looking-at-the-code-at-laptop-1181263/

1. Memilih position “developer” untuk Internship

Saya memanfaatkan 100% internship saya. Saya mengambil keputusan untuk menjalani Intern di SeeSharp Solutions Sdn Bhd sebagai Software Developer Intern. Banyak perkara yang saya belajar. Saya ingat lagi reaksi terkejut saya pada hari pertama intern. Saya betul - betul tidak pernah tahu wujudnya “Framework”. Saya ingat kita buat system from scratch “Buat template sendiri, Guna HTML 100% dan Backend PHP”. Waktu pertama kali saya tengok framework, “Teruja + Terkejut + “TAK FAHAM SATU APA PUN”. Seminggu saya mengambil masa untuk adapt dengan framework. Ketika itu framework yang saya belajar ialah “ASP.NET C# MVC”.

Jutaan terima kasih untuk setiap insan yang menolong saya sepanjang internship. Tanpa senior - senior dalam syarikat tersebut untuk mencurahkan ilmu. Tidaklah saya berjaya menyiapkan segala task yang diberi. **maaf tiba - tiba penghargaan

**bebelan pengalaman internship atau beberapa perkara penting memilih company akan saya usahakan post yang lebih detail”

Pemilihan position dan company yang tepat amat membantu saya untuk meneruskan bidang ini. Lagi - lagi saya berpeluang untuk belajar React. Waktu saya dapat tugas menggunakan framework React. Dua hari saya termenung dan tak berjaya buat apa - apa task. Masuk hari ketiga, saya berjaya untuk fix 2-3 bug. Waktu tu pekerja - pekerja dicompany “Yesterday, you cannot do anything, today you can fix a lot of bug. What drink you have today?” . Terharu waktu tu dengar benda ini. Walaupun saya secara jujurnya ada rasa overwhelmed terlibat banyak project ketika Internship. Tapi saya rasa terharu untuk diberi kepercayaan belajar banyak perkara yang saya tidak pernah sangka.

2. Memilih Tajuk Final Year Project (FYP) yang tepat

Final Year Project adalah salah satu perkara paling penting untuk course Software Engineering ini (**Semua Final Year Project adalah penting untuk setiap bidang yang mempunyai FYP).

Pemilihan tajuk yang tepat amat penting untuk kita manfaatkan peluang ini untuk melatih skill. Untuk FYP, saya bersyukur dapat partner yang juga willing untuk melaksanakan web application. Dan paling penting, bersetuju juga untuk menggunakan stack “React dan Laravel”.

Selepas Internship, saya memang tertarik sebenarnya dengan React. Jadi saya ingin gunakan React untuk frontend. Manakala Laravel untuk backend.

Pemilihan tajuk FYP penting kerana inilah yang akan menjadi salah satu bekal yang anda ingin bercakap sewaktu Interview kerja. Pentingnya memilih tajuk yang kita mampu kuasai dan lakukan. Sebagai contoh, saya mahu fokuskan kepada web app system tanpa Artificial Intelligent (AI). Jadi saya memastikan tajuk yang saya ingin buat tiada berkaitan dengan AI. Hal ini kerana, saya nak memfokuskan kefahaman saya untuk menghasilkan sesuatu system. 

*****

Begitulah sedikit sebanyak bagaimana saya berusaha mengenal impian yang saya inginkan. 

**Kadang - kadang saya rasa saya agak ketinggalan dalam mengetahui passion saya terhadap programming. Namun, saya yakin masih ada ruang untuk saya dalam bidang ini.


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. dlu akak minat jugak belajar template blogger ni sampai beli buku nk belajar tp x jugak reti... dlu ms belajar mmg ada ambik c++ tp mmg bkn budak bijak lah... skrg lama dh tinggalkan bidang ni... kalau kena ngajar benda ni balik mmg kena berguru lg la nmpknya

    BalasPadam
  2. Jadi, Nadia memang berminat dengan bidang ni. Semoga Nadia beroleh kejayaan dalam bidang pekerjaan Nadia sekarang. Memang satu kepuasan bila dapat fix bug atau issue tertunggak. Good job, Nadia!

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.