K-Drama: Twenty Five Twenty One

Drama yang trending buat ramai gadis - gadis mencari lelaki seperti Baek Yin Jin dalam dunia realiti yang sebenarnya tidak tahu lah wujud ataupun tidak. Hehe


Drama: Twenty-Five Twenty-One

Jumlah Episod: 16

Waktu Tayangan: Sabtu dan Ahad (Neflix or tvN)

Sinopsis

Twenty Five Twenty One adalah drama romantis Korea berikutan kehidupan belia dari tahun 1998 hingga 2021. 1998 adalah era ketika Korea Selatan mengalami krisis kewangan. Na Hee Do [Kim Tae Ri]  adalah atlet dalam acara fencing. Malangnya, pasukan fencing di sekolah Na Hee Do ini dibubarkan kerana krisis negara. Sementara itu, Baek Yi Jin [Nam Joo Hyuk] pernah tinggal dalam keluarga kaya. Walau bagaimanapun, krisis kewangan juga menyebabkan perniagaan keluarganya mengalami bankrupt.  Kemudian, Baek Yi Jin bekerja sebagai wartawan sukan di UBS dan bertemu Na Hee Do dalam acara Sukan Asia.

Secara jujurnya, saya bukan sejenis cepat melekat dengan drama. Ada yang saya akan gagahkan diri untuk terus tengok disebabkan artis. Tetapi kadang - kadang tewas juga kalau saya tak tertarik walaupun ada artis yang saya minat.

Dalam cerita Twenty Five Twenty One ini tiada satu pun perlakon yang saya minat. Tetapi sebab dah muncul sangat dekat TikTok, jadi kita pun tengok lah. Dan Ternyata Saya Tidak Menyesal.

Apa yang Menarik dalam Drama ini?

1. Dunia Fencing

Saya memang sejenis yang suka tertarik kalau ada benda baru yang saya belajar. Walaupun dalam cerita ini tidaklah menunjukkan 100% documentary tentang Fencing. Tapi sedikit banyak saya tahu ada sukan Fencing rupanya. Tengok mereka berlawan. Tengok semangat mereka nak jadi ahli Fencing yang bagus. Saya sangat tertarik sebab ada emosi untuk menjadi ahli Fencing yang bagus.

2. Perspektif cerita melalui Diari

Saya suka konsep cerita dalam k-drama ini adalah dengan melalui pembacaan anaknya, Kim Min Chae [Choi Myung Bin] (anak Na Hee Do). Konsep macam ini akan buat kita tertanya kisah silam (dekat diari) dan masa depan yang sekarang jadi tak macam apa yang kita idamkan. Dia buat saya sebagai pembaca nak tahu masa depan Na Hee Do ini sebenarnya bahagia tak sama macam apa kita idamkan waktu dia tengah lalui dalam diari yang sedang di baca. 

3. Relationship with Deep Talk

Part ini adalah perkara yang saya paling tersentuh. Sebab bukan senang kan sebenarnya kita nak ada hubungan yang kita boleh deep talk ini? Lagi - lagi kalau seseorang tu tak biasa open up to people. Mesti lagi susah nak mencuba untuk deep talk dengan orang. Dalam cerita ini saya rasa sangat terharu lihat relationship yang manage to have deep talk. 

4. Ost K-Drama ini Lagu With Sangat Best

Saya paling - paling suka Ost K-drama ini adalah lagu With. Sebab yang menyanyi adalah lima  pelakon yang utama dalam cerita ini. Dan lagu dia unique bila dapat dengar kelima-lima penyanyi ni. Dan lagi satu lagu dia yang ini menyentuh hati. Dia macam sampai lah relationship kawan tu. 

Review

Saya tiada rating specific dari segi cinematography ke, music background ke. Secara Overall this is worth to watch. Lagi lagi kalau sejenis suka benda - benda berkait dengan emosi yang menyentuh hati. Dalam cerita ini ada sentuhan sentuhan hati yang berkatain dengan kehidupan gitu. 

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. I loved this drama :) Great story sensitive characters...

    BalasPadam
  2. Tak tengok lagi cerita ni

    BalasPadam
  3. Drama berkaitan dengan emosi dan kehidupan ni best tengok. Belum ada masa nak layan Kdrama lagi. Kalau tengok drama melayu, boleh tengok sipi sipi sambil buat kerja. Tengok Kdrama kena focus dan baca subtitle sekali. Tergendala kerja nanti. Hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan fiza? kalau kdrama ni lain sikit fokusnya... kena baca subtitle dan kena dgr jugak dialog korea tu... ahaha

      Padam
    2. Haha betul lah tu, Kalau buat kerja memang saya tengok drama melayu haha

      Padam
  4. suka ni sebab kim taeri. rupa2nya tajuk drama ni diambil dari tajuk lagu yang dinyanyikan oleh jaurim tahun 2013

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baru tahu juga dia ambil dari tajuk lagu. Saya first time tahu kim taeri tu wujud

      Padam
  5. alaaa... nak nangis lak ramai yg review suh tgk ceta ni... kakmim x sempat lg nk layan kdrama... sbb kalau layan nk kena marathon... x suka tinggal² separuh... skrg mcm xde masa je nk me time layan movie... baik tido je nk cukupkan rehat... senior warga emaslah katakan.. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cerita ni best Kakmim. Memang terpesona lah tengok

      Padam
  6. suka juga citer ni... tapi dah nak hujung2 ni terasa cam lambat nya jalan citer dia hahaha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila Ako Retna cakap macam ini, saya pun tetiba rasa lambat pula jalan cerita dia haha

      Padam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.