Seharian dah berdebar untuk temujanji pembedahan kecil "Minor Oral Surgery" dekat klinik VS Dental. Saya tidak pernah cabut gigi dekat klinik gigi. Tiba - tiba ambil keputusan untuk cabut gigi sebab dah tak sanggup nak menanggung rasa sakit gigi ini. Dah lah gigi geraham bongsu, sakitnya sampai ke telinga. Nak tidur pun susah.
Siapa yang arif tentang mata, boleh nampak lah mata saya sebenarnya sedang nervous. Rasa ikutkan nak batalkan sahaja temujanji ini. Sebab tiba - tiba rasa dah sembuh lah. HAHAHAHHA.
Menanti giliran pun nervous sebab orang sebelum saya pun sebenarnya appoitment cabutkan gigi. Lepas itu kita punya turn. Memang hari ini doktor tu kata "hari cabut gigi". HAHA.
Saya dibiuskan dengan tiga injection. Paling sakit adalah bius dekat lelangit mulut. Time tu memang saya rasa nak menangis sangat - sangat. Sebagai seorang yang takut jarum, itu adalah pengalaman ngeri yang tersemat dalam minda saya.
Bila dah kena bius tu, bila doktor buat sesuatu tidaklah rasa sakit. Tetapi ada part last sekali rasanya apabila nak cabut gigi saya bahagia hujung itu susah. Sebab dah senget sedikit kan, itu yang susah tu. Waktu itu saya rasa nak menangis sangat - sangat. Sebab sakit sangat doktor gigi tu beri pressure ke "rahang" saya. Tetapi sedaya upaya menahannya. Saya memang bleeding dengan banyak. Lepastu balik rumah pun kena kemam kapas dan tukar setiap 15 minit. Setiap 15 minit lah saya menyaksikan darah.
Untuk seminggu ini memang saya akan makan bubur sahaja. Sebenarnya dua - tiga hari sahaja perlu makan lembut - lembut. Tetapi saya ini dah dalam keadaan takut, jadi memang akan berhati - hati selama seminggu. Taknak makan makanan yang kena kunyah. Sebab kalau kena kunyah saya memang akan guna gigi sebelah sahaja, risau mencederakan luka yang belum sembuh.
Rasanya, saya sekarang ini dah memang taknak pergi klinik gigi. Seram betul lah proses cabut gigi ini. Rasa menyesal pun ada, tapi pada masa yang sama fikir kalau masa akan datang tidak lah gigi bongsu saya buat hal kan.
Hasil selepas pembedahan ini, dapatlah ubat tahan sakit dan juga antibiotik. Ada juga syringe untuk saya keluarkan makanan kalau tersekat kat gusi. Sebab itu saya fokus makan benda halus sahaja supaya tiada isu seperti ini. Dia lunyai - lunyai macam air terus masuk tekak.
Hari pertama tidak boleh berus gigi dan berkumur. Apa yang ada dalam mulut kena telan sahaja, termasuklah menelan darah. Begini rasanya jadi vampire. Makan hari pertama pun rasa makanan bercampur denngan darah. Memang terkenang scene Bella dalam Twilight yang dia minum darah tu.
Hari pertama tidak boleh berus gigi dan berkumur. Apa yang ada dalam mulut kena telan sahaja, termasuklah menelan darah. Begini rasanya jadi vampire. Makan hari pertama pun rasa makanan bercampur denngan darah. Memang terkenang scene Bella dalam Twilight yang dia minum darah tu.
Hari kedua saya sangka kan akan teruk. Rupanya tidak. Makin baik. Bleeding pun tiada dah. Tapi saya masih makan makanan lembut sebab taknak ambil risiko lagi. Nak bercakap macam take time, saya memilih untuk berdiam.
Hari ketiga, alhamdulillah, bercakap okay. dan hari ini (Isnin, 9/5/2022) merupakan hari pertama bekerja. Nervous nervous dan kawal juga mulut sebab takut sakit sangat.
15 Ulasan
betul pengalaman cabut gg bongsu yang ada mslh mmg sakit yang amat!!! Kita smp bengkak2 muka , koyak2 mulut sbb masa tu mmg ada problem muka tgh bengkak pun iye jgk.. ni pun ngeri nak follow up ngan doctor... cam fobia gitu
BalasPadamKann? kita terus fobia kan bila dah kena sekali itu. Saya pun macam setiap hari cakap bila nak sembuh bila nak sembuh
Padamspeedy recovery nadia... mmg jumpa dentist benda yg menyeramkan apatah lg nk berurusan dgn dentist mcm ni.. apapun selamat hari raya, maaf zahir batin
BalasPadamBetul. Lagi - lagi kita pula yang memang kena buat urusan tu rasa lagi Allahu malas malas. Kita nak lari!
Padamsy yg baca ni pon rasa seram..
BalasPadamtakutnya nk cabut gigi ni.. haha.. seriauuuu
Dari orang yang penakut dari saya memang ceritanya akan jadi seram
PadamLaa, cian Nadia. Kena surgery juga ye. Akak faham sangat, sebab pernah alaminya dulu. Huhu.. bila bius dah hilang, sakitnya tu, rasa macam nak tumbuk orang, kan. Nasib baik ada painkiller.
BalasPadamBetul. Bius tu hilang je memang rasa nak menangis sangat - sangat. Tapi nadia tahan je. Tak sabar nak sembuh huhuhu
Padamngeri pula mama yg membacanya. semoga cepat baik lukanya tu
BalasPadamBaca entry ni teringat experience cabut gigi bongsu beberapa tahun lepas...seremmm..mengenangkan sakit sangat, gagah jugak pi klinik gigi nak cabut..kalau idak. mmg tak lah..bior je lah..haha..
BalasPadamSelalu dengar orang cerita buat minor surgery gigi bongsu ni memang terbayang kesakitan tu. Takut.. Ramai pula tu yang ada masalah sakit gigi bongsu ni..
BalasPadamammi kan..
BalasPadamkalau duduk je kat kerusi dalam bilik rawatan gigi, mmg mata auto tutup. ammi tak kuasa nak pandang muka doctor, pandang peralatan, pandang segala jemala. bukak mata masa dia suruh kumur mulut je pastu tutup cepat. masa dia nak inject bius pun ammi bukak mulut dengan mata tertutup.
Saya tak tahu kenapa saya buka mata saya tengok apa berlaku, Memang serammm!!!
PadamHai sis, tq share pengalaman cabut gigi bongsu. Berapa lama dr ambil masa utk cabut gigi bongsu? Dan sis cabut gigi bongsu atas ke bawah?
BalasPadamHi. Dalam Sejam - Dua Jam macam tu. Saya cabut atas dan bawah. Sebab dah buat minor surgery disarankan cabut atas dan bawah. Bawah minor surgery, manakala atas cabutan biasa.
PadamMinor surgery yang lama sebenarnya sebab beberapa faktor. Kita nak tahu ubat bius berkesan atau tak. Belum lagi kalau jenis patient keluar darah banyak. Kemudian process menjahit lagi.. (Saya lah tu)
Manakala cabut macam biasa lebih kurang 10 minit sahaja.
Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.