Mee Tarik dekat Mahallah Al-Faruq, UIA Gombak sebenarnya viral dekat Tik Tok. Dah hampir setahun juga viral tak silap. Jadi sebelum pulang ke Banting, kami pergi lah ke UIA Gombak. Asalnya mahu mencuba mee tarik dekat pasar seni, tapi tahu - tahu viral katanya peniaga buka kedai tanpa lesen. Makanya, memang kita ke tempat yang lebih selamat iaitu UIA Gombak.
Sumber :IIUM Edu Website |
Tak dinafikan waktu masuk ke UIA Gombak rasa sangat kagum dengan design bangunannya. Sangat cantik! Memang berbaloi untuk bergambar. Bayangkan masuk pintu gerbang dapat tengok bangunan yang cantik. Pandai arkitek UIA ini merancang. Masuk pintu pagar UIA besar tu je dah terus buat kami semua ternganga dan memberikan pujian melambung - lambung. Saya kagum sebab UIA mengekalkan tema warna, jadi nampak seragam sahaja bila lihat bangunan.
Kami guna google maps nak pergi ke Mahallah Al-Faruq ini, tapi google maps asyik bagi pejalan kaki sampai kami tercegang macam mana nak jejakkan diri ke sana. Takkan nak redah asrama lelaki ini? (*Mahallah Al-Faruq adalah asrama lelaki*). Dah lah kami ini kaum wanita, lepastu nak jejak ke Asrama Lelaki. OH NO!!!! Time tu memang cuak dan rasa sangat berdosa sebab masuk Mahallah Al-Faruq. Nasib baik terdetik nak guna waze. Terima kasih waze sebab selamatkan kami. Haha
Ini adalah empat orang makan. Mee Tarik Soup Daging/Ayam (Tak ingat nama sebenar) + Dumpling!. Harga murah Mee Tarik Soup Ayam RM6.00, Mee Tarik Soup Daging RM 7.00 dan Dumpling RM 10.00.
Proses nak dapatkan makanan ini agak mencabar untuk kami yang bukan student UIA ini. Waktu pertama kali sampai. fikir lama juga macam mana nak order rupanya kena tulis atas kertas. Dah tulis, tetapi boleh pula angin terbang, habis order kami bertebangan. Kami pun tulis lagi sekali. Tetapi tiada sistem macam kita tahu siapa order dulu ke. Dia random dan ikut nasib. Lepastu, bila dapat order tu kadang - kadang berebut pula dengan orang yang order sama dengan kita. *Pengajaran lain kali tunggu kalau order banyak lebih daripada satu hidangan haha*
Bagaimana Rasanya?
Rasanya sedap dan worth for the price! Cuma ia akan jadi masam kalau awak tambah cili jeruk. Kalau tak suka rasa masam jangan tambah cili jeruk tapi tambah chilli oil sahaja untuk rasa pedas pedas sedikit (tak pedas sangat pun).
Rasa menyesal makan satu sahaja, Saya rasa patut bungkus satu makan dekat rumah untuk dinner. Dumpling dia pun saya suka, lagi lagi bila cicah dengan chilli oil. Saya tengok gambar ini semula pun saya nak makan gambar ini.
Adakah Saya akan Repeat?
Kalau saya student UIA, saya memang akan repeat. Sebabkan saya outsider, dapat masuk makan sekali dah cukup nikmat.
8 Ulasan
Dulu selalu masuk UIAM Gombak ambil adik belajar sana. Memang banyak tempat makan best sekitar sini termasuklah yang dalam kampus.
BalasPadamIye betul saya setuju yang dekat UIAM Gombak tu memang ada banyakkk sangattttttt tempat makan. Saya jeles.
PadamTak pernah lagi masuk UIA Gombak ni. Pengalaman mengajar kita, next time dah tahu sistem dia lebih mudah nak order. Pernah makan mi tarik di UKM, sedap jugak. Biasa mintak suami tapau kalau rasa teringin. Biasa tapau je lah tak pernah dine in. Ambil masa lama jugak sebab ramai. Rasanya menu mi tarik ni jadi kegemaran ramai kot. Sedap pulak tu, ramai lah yang order.
BalasPadamSaya bukan penggemar mee kuning. Tapi mee tarik warisan tu favourite. Kalau mee kuning yang mak mertua buat mee kari dengan kawan baik isteri KA punya masakan.... memang bertambah-tambah. Setiap kali beraya mesti request kat dua orang ni mee kari.
BalasPadamMee kari is the best too. Susah juga nak dapat mee kari sebenarnya
PadamLa skrg ni nak masuk UIA dah senang ye walau tanpa urusan rasmi?? Kalau dulu, punya la susah n guard depan gate besar tu punya strict gila... skrg ni setakat nak makan mi je dah bole masuk gitu2 je eh???
BalasPadamAkak pun nak tanya benda yang sama... dulu sikit punya strict untuk visitor nak masuk. Rindu pula nak round-round makan kat UIA. Dahulu kat kafe law ada jual Nasi Abu Talal (Nasi Arab) yang sedap giler setiap hari Jumaat. Tak tahulah sekarang ni ada lagi ke tidak...
PadamWaktuu musim PKP haritu ada orang kata susah nak masuk. Haritu pergi guard tu just tanyaje nak buat apa lepastu dia bagi je kita masuk
PadamSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.