Pemeriksaan Mata di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

 


Pernah tak anda semua dengar tentang pemeriksaan mata? Siapa yang pernah pergi pemeriksaan mata? Saya tak pernah tahu selain pergi medical checkup untuk check up seluruh badan (selalu kena ambil darah) atau x-tray (Bila nak sambung belajar mesti mintak x-tray sekali). Rupanya mata kita pun sebenarnya kena check untuk tahu tahap kesihatan mata kita.

Inilah salah satu hikmah ada kawan - kawan dalam pelbagai bidang. Saya rasa tertarik ingin tahu kesihatan mata pun sebab setiap hari nampak kawan post dekat status WhatsApp mengenai mata. Pelbagai perkara yang dikongsi oleh kawan.

Saya dah lama cari masa untuk pergi ke UKM bagi pemeriksaan mata. Syukur Alhamdulillah dapat juga masanya, dan paling penting kawan lah yang membuat pemeriksaan matanya.

Sepanjang proses pemeriksaan kesihatan mata, saya tak menyempat nak tangkap gambar apa - apa sebab terlalu teruja dapat jumpa kawan lama dan bersembang mengenai mata. Paling gembira bila tengok reaksi dia pun happy bila check mata kita sihat.

Syukur Alhamdulillah tiada berita yang mengecewakan sepanjang pemeriksaan. Lega hati.


Selain pemeriksaan mata kesihatan biasa itu, saya ambil juga untuk sesi contact lense. Saya belajar cara nak pakai contact lense, belajar cara nak cuci, belajar cara cabut yang betul. Lepas ini kalau ada event apa - apa boleh lah saya mula pakai contact lense hehe. 

Ilmu baru untuk saya mengenai contact lense ini ialah, saya baru tahu yang sebenarnya kita kena tahu ukuran yang sesuai untuk kita pakai. Sebab ada yang akan ketat di mata kita dan sebagainya. Jadi dapatkan nasihat pakar sebelum mula pakai contact lense okay? Sayangilah mata kita.

******

Info Tambahan

Memandangkan sekarang kebanyakkan pelajar universiti dah mulakan pelajaran secara fizikal (di Universiti), saya sarankan anda untuk mengambil tahu tentang pemeriksaan kesihatan di Universiti anda. Terutama gigi dan juga mata. Sebab waktu ini lah peluang anda menggunakan kelebihan yang ada pada anda sebagai pelajar. Rasanya ramai yang tak tahu dan tidak didedahkan tentang ini. Jadi sila manfaatkan okay! Lagi - lagi kalau ada yang nak kena pasang braces, sila pergi ke fakulti pergigian universiti anda! 

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Betul..mata pun kena check selalu...akak check tahun lepas masa nak buat spek baru..Dah check tu baru lah tahu sis dah ada dua2 rabun..dekat & jauh..sebelum ni rabun jauh je..ni pakej rabun dekat sekali..haha..faktor usia..gitu lah kan...

    BalasPadam
  2. Baru tahu yang pakai contact lense tu, ada saiz rupanya. :D

    BalasPadam
  3. Bagus tu ada kawan dalam bidang lain. Memang seronoklah kalau kawan sendiri yang buatkan. Baru lepas buat spec baru. Dulu masa mula pakai contact lense, check mata kat opto juga. Dah cuba beberapa brand contact lens tapi yang sesuai freshkon je.

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.