June Catch Up With me part 2

 

Photo by OVAN

Kelakar pula saya rasa posting tajuk hari ini. Dah macam buat drama/movie ada edisi/part 2 dan seterusnya. Saya rasa bercerita begini lebih mudah untuk saya menulis. Kebelakangan ini saya rasa masa lambat sangat berlalu. Saya hampir fikir bahawa kita berada di hujung bulan 7, rupa - rupanya kita baru sahaja seminggu berada dalam bulan 7. Mungkin kerana kebelakangan ini saya hilang motivasi, makanya masa terasa begitu lambat kerana hari - hari yang mendatang ditempuhi dengan keadaan yang sangat lelah dan tanpa semangat yang jitu. Begitulah hidup kan? Hidup ini ibarat roda, kadang kita berada di atas, kadang kita berada di atas. Ada masa kita rasa semangat mulakan hidup, ada masa kita rasa seolah olah mahu hidup ini berhenti seketika. Dengan rasa kuatnya, kita perlu usaha sebaik mungkin untuk memiliki semangat agar hari - hari yang datang kita merasa tenang menghadapinya.

Fuh jiwang betul ayat - ayat yang dilontarkan ini. Kali ini, "June Catch Up" ialah tentang saya menceburi kerjaya menjadi sorang programmer (pengaturcaraan).

Photo by Lukas


Bulan 7 ini adalah bulan ketiga saya bekerja sebagai programmer. Pejam celik pejam celik, dah hampir 3 bulan. Bahasa yang saya gunakan adalah JAVA. Selalu kalau orang dengar sahaja Java Developer, mesti akan rasa "WOW". Sebab orang yang ambil Java ni kira macam tabah sangat - sangat. Saya rasa kebanyakkan Back-end developer ini konsepnya lebih kurang. Lebih kurang pada setiap programmer yang menggunakan bahasa yang memerlukan konsep OOP (Object Oriented Programming). *mesti macam apa lah saya bebelkan ini*. 

Bercakap tentang kerja sebenarnya, kebelakangan ini saya dah mula rasa pressure. Saya menganalisa diri saya, saya sebenarnya tidak suka kerja yang kerap - kerap ada meeting. Saya lebih suka meeting yang teratur . Sebagai contoh kita dah set meeting perlu dilaksanakan bila. Bukanya apabila kita dah buat kerja, tiba - tiba contact boleh tunjukkan hasil kerja sebentar lagi. Sudah, otak saya terus kalut dan tak boleh fokus dengan betul. Structure atau budaya kerja memang begini ke? Saya tertanya - tanya.

Saya juga rasa sebenarnya, saya punya social skill yang kurang. Social skill meeting. Mungkin sebab tu saya tidak suka budaya meeting yang kerap. Bayangkan kalau meeting, bila sebenanrya saya boleh coding? Banyak perkara main dalam otak saya apabila situasi seperti ini berlaku. Saya cuba menyabarkan diri dan cuba bekerja sedaya mampu. 

Dari segi prestasi diri saya terhadap coding. Orang bila sudah mula kerja, adalah rasa mampu dalam bidang coding kan? Saya lain pula jadinya, saya rasa ini bukan perkara yang menarik. Dan bukan lagi perkara yang saya mampu. Mungkin kerana saya rasa tiada motivasi, jadi saya rasa ini bukan perkara yang saya perlu teruskan. 

Tetapi bukan bermakna saya tidak mahu meneruskan kerja. Cuma pada kali ini, saya merasa tiada motivasi lagi. Semoga bulan ini akan lebih baik. Amin.

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. OOP bagi akak susah hendak hadam.
    Tengok keadaan Nadia mampu faham OOP cuma masalah budaya kerja.
    Semoga Allah berijan semula semangat kepada Nadia. Amin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita baru tahu akak pun involve in coding ya? Wondering sekarang akak masih kerja dalam bidang ini ataupun tidak.

      Betul. Saya rasa budaya kerja yang buat saya rasa macam tak best.

      Padam
  2. Fail betul bab OOP ni. Hahaha sebab tu kot tak minat jadi software engineer. Skrg pun buat front end je sikit2. pastu rasa apply jd ui/ux designer pulak. thank god company skrg ni bnyk guna CMS je. mudah kerja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Faiz. Salam perkenalan. Teruja saya dapat terserempak dengan developer dekat dunia blog. Kebelakangan ini saya pun tengok front-end punya. Rasa tertarik juga nak involve kan diri dengan front-end.

      Padam
  3. Selamat Hari Raya Aidiladha! Semoga gembira bersama keluarga tersayang :)

    BalasPadam
  4. Saya pun dah tak minat bercoding ni. Lama dah lari bidang..sekarang more to front-end dev dengan design shj

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.