Ber-Abaya seperti Neelofa

 


"Makcik ingat kamu Neelofa tadi". Terkejut saya dengar ada makcik tiba - tiba tegur saya dekat Masjid. Dekat masjid itu sebenarnya ada dua orang tegur. Satu tanya "mana beli abaya?", Makcik yang seterusnya tegur "Makcik ingat kamu Neelofa tadi". 

Memandangkan baju Neelofa sekarang memang gaya begini, jadi kalau pakai abaya memang terus kelihatan seperti Neelofa. Saya kebelakangan ini memang suka abaya atau skirt. Rasa bebas kaki apabila pakai baju - baju seperti ini. Kalau boleh nak keluar jalan - jalan nak pakai baju seperti ini sahaja. Tidak mahu pakai baju seluar dah. Tapi nak kumpul koleksi baju - baju begini, kena perlahan - lahan. Sebab harga baju sekarang mahal - mahal. Kalau murah - murah dekat shopee tu mesti kebanyakkan saiznya sesuai untuk orang kurus. 

Jadi kena tangguhkan niat nak membeli. Kena kuruskan diri yang dah overweight ini.


Awalnya, saya segan nak pakai baju ini, sebab rasa macam over pula saya bergaya. Tidak pernah - pernah kawan nampak saya pakai begini. Tiba - tiba pakai baju begini. Haha. memang saya rasa macam "terover" lah. Adalah juga kenalan tegur "Sejak bila suka pakai macam ini". 

Saya sebenarnya memang sedikit sebanyak nak cuba tukar penampilan kepada rajin. Dulu keluar tak pakai make up, sekarang pakai lah bedak nak bagi nampak seri muka tu. Kalau tak mungkin nampak kusam. Dulu tak suka pakai lipstik, sekarang saya rajinkan pakai lipstik. 


Pada yang ingin membeli abaya pleated ini, boleh dapatkan di shopee -> https://shope.ee/403GTl074S

Boleh kumpul duit untuk beli baju raya tahun depan pula. Sekarang ini saya rasa memang dah zaman kena kumpul duit dari awal. Sikit - sikit lama - lama jadi bukit. Benda lama lagi terus dah rancang. 

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Akak mmg teringin tapi sbb x biasa kan terasa diri sendiri over pulak... mcm hari tu lah dh nk beli dh utk beraya tp bila fikir balik nnt x pakai sungguh terus x jadi beli... nnt takut membazir pulak... dh biasa pakai simple kan... nnt jd org lain pulak rasa... hihihi

    BalasPadam
  2. Entah bila akak nak tukar imej pakai macam ni juga. Hehe.. sopan akak tengok. Suka. Teruskan ye, Nadia. :)

    BalasPadam
  3. saya suka pakai abaya dan mmg banyak abaya berwarna hitam je tapi nak cari abaya warna lain pulak lepas ni..tunggu kurus sikit hehe

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.