Portfolio Pertama Telah Siap!

 

Portfolio Nadia Jamhari
Klik sini: Nadia Jamhari

Alhamdulillah. Bersyukur apabila saya berjaya kumpulkan semangat saya untuk sambung portfolio saya yang tergendala sejak dahulu lagi. Hampir 6 bulan saya tangguhkan impian nak siapkan portfolio. Dengan alasan, penat nak hadap dah. Bila buat semula slow - slow. Sedarkan diri apa yang penting dalam hidup ini, Dekat mana masa yang saya perlu kurangkan agar kualiti hidup ini lebih terjamin. Alhamdulilah siap juga portfolio pertama saya. 

Lama juga saya research tentang Portfolio ini. Tengok beberapa design dekat Internet. Apa perkara paling penting dalam portfolio. Paling penting sebenarnya skills dan projek yang kita ada.

Bila tengok portfolio saya, saya baru sedar sedikitnya masa saya luangkan dalam membuat sesuatu kerja. Latihan amat penting untuk memastikan kemahiran dalam pengaturcaraan ini semakin bagus. Ada terfikir nak revamp beberapa project universiti terutama project web programming. Nak implement dengan menggunakan framework React. Ada juga beberapa idea yang bermain dalam fikiran saya untuk saya buat Web Application baru. Mungkin mulakan dahulu dengan revamp web programming terlebih dahulu. 

Kalau post - post akan datang bercerita tentang Web Application. Ada tak agaknya yang nak baca? Saya sebenarnya terfikir patut atau tak dekat blog ini saya sematkan juga cerita tentang hasil kerja saya. Atau saya perlu buat platform lain seperti hashnode yang majoriti katanya memang ramai developer gunakan medium tersebut. 

Bercerita tentang kerja ini kadang  - kadang perlukan keberanian. Saya rasa saya tidak berapa berani nak bercerita tentang hasil kerja. Sebab rasa kerdil sangat. Tetapi kita kena fikir hidup kita tidak lahir - lahir terus hebat kan? Lama - lama nanti kita jadilah seorang yang mahir. 

Apa - apa pun saya perasan ada beberapa blogger dekat sini sama bidang dengan saya. Rasa teruja baca respond - respond blogger dari bidang saya. Setuju ataupun tidak, bila ada kawan nak borak tentang kerjaya ini rasa gembira. Sebab boleh tukar pendapat. 

Saya sendiri pun sebenarnya selalu mencari blogger blogger dalam bidang pengaturcaraan ini. Tidak kiralah web design ui/ux, front end atau back end. Asal kaitan dengan pengaturcaraan, cukup membahagiakan.

Okay itu saja untuk kali ini. 


Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Update je nad, at least boleh jadi rujukan dekat orang lain :)

    BalasPadam
  2. Tulis je apa yang Nadia suka. Mesti ada orang yang mencari.
    Akak nak cerita pasal programming, tak sama zaman sekarang punya, dan zaman akak. Akak zaman platform AS/400. Skrin hitam je, tak menarik langsung.

    BalasPadam
  3. tak kisah nad, update je apa2 skill yg nad ada. mungkin boleh jadi rujukan pada orang lain..

    BalasPadam
  4. pengaturcaraan adalah kelebihan awak...why not buat post tentang Web Application. It may not be useful to us now but later maybe..or it may be useful to someone else out there.

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.