#MakanMakan : Mee Hiris China Muslim

Saya boleh akui yang saya sekarang ni penggemar Mee Hiris / Mee Tarik. Saya suka mee tarik tu, rasanya sedap dan lembut. Dan sebenarnya makanan yang saya suka ialah dumpling ! Jadi kalau kawan - kawan ajak makan mee tarik, saya onz terus sebab memikirkan dumpling haha. 


Mee Hiris China Muslim, Setia City Mall || kedai dia waktu lunch teramat - amatlah sibuk. Untung kami waktu itu, kebetulan ada meja kosong betul betul depan kedai untuk dua orang. Kalau tidak, lama juga lah nak kena tunggu. Sebab mesti nak tarik mee tu lama kan? Haha. 

Tak dapat nak tangkap gambar sekeliling banyak, sebab ramai orang takut pula kita ambil gambar  - gambar orang ini. Nasib baik meja depan tu memang dah pakai mask tiadalah bahaya sangat. 

Mee Hiris Kari dan Mee Hiris Soup

Mee Hiris Soup

Mee Hiris Kari

Dumpling ayam

Menarik tak gambar - gambar makanan saya bagi anda semua tengok ini? Skill tangkap gambar masih lagi tak power. Saya tidak tahu angle mana yang sesuai apabila ambil gambar. Boleh nampak kesedapannya pun dah okay kan ? 

Review
Makanan bagi saya semuanya sedap dan kena tekak. Kari dia memang rasa lah ala ala kari nyonya gitu dan memang puas bila makan. Tiada yang kurang dari segi terlalu masin ke, atau tawar ke. Tiada.

Dumpling pun sedap. Inti dia dengan tepung dumpling tu buat saya terigau igau lagi. 
Paling sedap yang sama makan adalah chilli oil. Chilli oil kedai ini memang cukup rempah berbanding chilli oil saya makan dekat Mee Tarik UIA Gombak. Bila makan dumpling cicah dengan chilli oil. Allahu nikmatnya.

Harga
Range harga satu mangkuk mee adalah RM16.00++ (Maaf ya recipe dah hilang). Jadi ini anggaran. Bagi saya agak tidak berbaloi kuantiti dengan harga. Sebab mungkin dah pergi kedai mee tarik lain yang harganya jauh lebih murah. 

Adakah Saya Akan Repeat ?
Saya akan repeat dan akan fokuskan kepada dumpling sahaja mungkin ? Sebab itu makanan yang paling saya suka dekat kedai ini.

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Ooo, akak panggil mee tarik. Memang sedap, sebab mee dia fresh dia buat.
    Mee hiris sup tu nampak sedap.
    Akak biasa makan yang Mee Tarik Warisan Asli. Sedap, dan portion-nya, boleh gendut, hokey.. kena share 2 orang. :D

    BalasPadam
  2. ammi pun suka makan mee hiris ni...mee tarik pun best

    BalasPadam
  3. saya dengan kawan mempunyai pengalaman yang memalukan di mee hiris scm ni.. hahahha

    BalasPadam
  4. memang berselera tgk dumpling dgn mee tarik!

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.