#SelfThought: Pengakhiran Realistik K-Drama Twenty Five Twenty One


Dah lama tidak bersembang mengenai K-drama. Baru - baru ini mood saya kelaut kalau nak layan K-Drama. Susah betul diri nak tumpukan pada K-drama. Mungkin sebab sebenarnya saya masih terkesan dengan ending K-Drama Twenty Five Twenty One ini? 

Disebabkan popular post saya baru - baru ini naik K-Drama Twenty Five Twenty One. Membuatkan saya teringat semula Pengakhiran yang Realistik (Realistic Ending). Mesti ramai yang tidak bersetuju dengan kesudahan cerita ini. Saya sendiri tidak boleh berhenti mengenangkan apabila melihat poster cerita K-Drama Twenty Five Twenty One. 

Tahniah sebenarnya kepada keseluruhan yang terlibat dengan menghasilkan cerita ini. Penulis Skrip, Pengarah, dan sebagainya. Ingin tahu lebih lanjutt boleh baca di  Wikipedia - Twenty Five Twenty One

Sebenarnya pada awal episod 1 kita dah dapat agak, cerita ini endingya bukan seperti yang kita idamkan. Sebab dia dah buat pun konsep penceritaan melalui diari. Tetapi lumrah, kita mungkin mengharapkan Baek Yi-Jin (Nam Joo-Hyuk) dan Na Hee-Do (Kim Tae-ri) sebenarnya berkahwin, dan salah satu mati. Sekurang - kurangnya mereka pernah berkahwin. Dah kalau ajal tu kita bolehlah terima sikit kan ?.

Akan tetapi pengakhiran cerita ini, mereka langsung tidak sekali bersama :').  

Ramai sebenarnya yang tidak berpuas hati apabila pengakhiran cerita ini terlalu realistik. Perkara yang saya rasa sangat betul mengenai sifat kita sebagai manusia iaitu :

Kita memaafkan, tetapi kita tidak akan melupakannya.

Boleh nampak dalam scene terakhir Twenty Five Twenty One, Na Hee-Do pergi balik ke gua selepas dia baca diarinya yang hilang itu. Dia masih ingat lagi kisah cinta pertama dia. Dia menerima yang dia tidak ditakdirkan bersama dengan cinta pertamanya. Tetapi semua kenangan yang pernah dia lalui akan kekal di dalam minda. Mungkin sebenarnya pahit apabila kita teringat kembali. Mungkin sebenarnya sedih apabila kita membanding situasi sekarang dan situasi lalu.

Dan walaupun sejauh mana, apabila kita teringat kisah lalu, dan kita nak patah balik, perbetulkan apa yang perlu. Kita juga perlu sedar, apa yang lepas adalah perkara yang lepas dan ia memang tidak boleh diubah. Yang kita boleh ubah adalah hari - hari yang mendatang. 

Sekian kata - kata dalam pemikiran dari seorang yang baru menjalani fasa "dewasa".

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. I whatched this drama , thanks for your sharing...

    BalasPadam
  2. Apa yang kita hendak tidak semestinya tertunai.

    BalasPadam
  3. walaupun dah lama habis, baru-baru ni jadi trending balik dkt twitter. haha. ada yang cakap sebenarnya ko yurim second lead dan baek yi jin tu watak tengah.. haha

    BalasPadam
  4. Last tengok Juvenile Justice. Ada masa boleh binge watch drama, ada masa suka layan movie one shot je 😅

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.