June Catchup with me!

 


Saya sebenarnya ada banyak cerita yang saya ingin menulis dan bercerita. Kadang - kadang waktu kerja, saya terfikir "nanti malam nak blogwalking dan update blog". Tahu - tahu saya procrastinate dengan tengok drama dan akhirnya ke katil untuk beradu. Pagi esoknya bangun, menunaikan subuh, buat breakfast sebelum mula kerja dan terus fokuskan diri pada kerja.

Rutin yang sama berulang pada hari Isnin hingga Jumaat. Saya sebagai pekerja "work from home", pun selepas bekerja malas mahu membuat aktiviti yang memerlukan usaha. Bagaimana agaknya untuk setiap insan yang kena ulang alik pergi kerja ini ? Saya sangat rasa kagum pada mereka yang bekerja di office, tetapi mempunyai semangat mengisi masa - masa dengan perkara yang lebih baik. Yang lebih membina kehidupan. :')

Nak tertekan banyak - banyak pun tidak guna. Saya cuba ubah rutin harian saya dengan menanam amalam membaca buku. Oleh kerana saya tidak berapa mampu nak menghadap screen setiap masa. Jadi saya berhajat supaya malam saya dapat dipenuhi dengan perkara yang bukan menghadap screen. Kalau screen pun mungkin TV. Dengan jarak yang jauh ia tidak memberikan terkanan pada saya.

Saya berjaya sebenarnya menghabiskan buku yang saya beli pada bulan March yang lalu. Bulan 6 baru saya baca dengan betul. Menarik sebenarnya apabila membaca buku. Buat saya terfikir kenapa saya tidak menanam amalan membaca buku dari dahulu lagi. Kenapa dari dulu saya biasakan diri apabila ada masa lapang, saya habiskan masa dengan scroll social media. Sekarang menjadi rutin utnuk scroll social media, sehingga "addicted"

Tamatnya saya baca buku ini, saya teruskan bacaan buku dari penulis Syaz Eym (** penulis ini ada blog --> https://www.syaznirahim.com/ ). Saya mulakan untuk baca buku "terkaitnya kita". Dalamnya adalah sebuah cerita cerpen-cerpen pendek. Kata penulis ada perkaitan. Saya masih tak boleh rungkai sebab tak habis baca lagi.

Saya juga membeli beberapa buku karya Norhafsah Hamid sebab jatuh cinta dengan penulisan beliau dalam buku "Will You Stay". Harapnya bulan July saya dapat habiskan buku ini, dan boleh beli buku baru. Semoga hobi baru saya terus istiqamah


Macam mana dengan kerjaya saya sebagai seorang programmer ? Yang ini kita sambung June Catchup With Me part 2 

Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. June is always fullof hopeful and beautiful memories:)thanks for your sharing...

    BalasPadam
  2. Samalah kita. Nak update blog pun tak menyempat. Memang letih kerja

    BalasPadam
    Balasan
    1. Susah ya apabila berangan nak buat dua kerja. Kerja Kerjaya dan juga Kerja sampingan (Blogger)

      Padam
  3. Balasan
    1. Terima kasih. Sesungguhnya saya dah seminggu tidak membaca buku

      Padam
  4. Saya pun ada baca buku. Sekarang ini macam-macam ada sampai tidak baca buku.
    Tidak sabar baca Nadia sebagai pengaturcara.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha betul lah tu. Macam - macam ada sampai tak rasa nak baca buku

      Padam
  5. Saya pun beli banyak buku masa pegi pesta buku bulan jun. Tapi tak terbaca lagi.

    Saya pun rasa drained jugak dgn kerja yg kena hadap pc sepanjang masa. Sakit mata. Tpi malam before tidur pun main phone jugak. Rasa macam susah betullahh mata ni jangan asyik terikat dengan screen ><

    BalasPadam
    Balasan
    1. YaAllah betul betul. Kita rasa macam pening hadap PC memanjang. Tapi before tidur hadap phone juga. haha

      Padam
  6. Sama lah kita balik kerja dah penat pastu tak larat nak blogwalking. Tup tup dah tidur haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. YaAllah sama sama. Paling tak suka weekend pun saya tak pandai manage diri dengan betul

      Padam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.