Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin semua. Semua raya okay tak? Alhamdulillah selepas dua tahun kita tidak dapat beraya, akhirnya kita dapat beraya dan menziarahi semua saudara yang dulu kita bertemu dengan video call.
Tengok tajuk post saya hari ini pun dah tahu dah, raya saya happy + merana. HAHAHA. Boleh pula satu Syawal gigi sakit. Satu Syawal itu gigi tidaklah sakit mana, rasa macam akan okay sahaja gigi tu. Masuk dua Syawal terus sakit gigi sangat - sangat. Makan ketupat rendang pun rasa sayu sungguh. Guna gigi sebelah sahaja dengan harapan jangan gigi sebelah ini sakit juga pula sebab overwork.
Masuk 3 Syawal, ingatkan nak pergi klinik kesihatan kerajaan sahaja untuk urusan gigi. Tapi hari ini off-day kan, sebab itu yang dengan deras bawa juga kereta pergi Klinik Gigi VS Dental dekat Sinaria, Rimbayu.
Cantik betul hiasan klinik ini. Meriah dengan suasana raya sangat - sangat. Kalau ada kuih raya dah memang betul - betul raya. Waktu datang klinik tersebut ada dah beberapa pesakit. Risau juga sangat lama dekat situ, tetapi tunggu dalam 30 minit begitu dapat dah jumpa doktor. Tapi awal - awal tu segan juga duduk dekat satu tempat macam photobooth sebab itu sahaja kerusi kosong waktu tu.
Atas saya pula televisyen. Semua mata menumpu dekat televisyen, rasa macam semua orang tengok saya waktu tu (perasan).
Atas saya pula televisyen. Semua mata menumpu dekat televisyen, rasa macam semua orang tengok saya waktu tu (perasan).
Selfie dahulu alang - alang dah duduk dekat kerusi kayangan ini. Cover - cover juga selfie sebab malu lah ada ramai orang.
Gigi Geraham Bongsu memang dah sakit sangat dah sampai ke cuping telinga rasa sakitnya. Sakit non-stop pula itu. Harap sangat nanti ada lah solusi terbaik. Kalau boleh taknak lah surgery, cukup lah cabut normal tu kan. Nak pergi klinik ini sudahlah memang hati kena kental sebab saya tidak suka sebenarnya pergi klinik. Takut nak sembang dengan doktor huhu.
Selepas jumpa doktor, doktor kata gigi memang ada infection. Itu yang bekak semacam itu, Lepas itu buat xtray sebab nak tengok keadaan gigi bongsu saya. Doktor kata gigi bongsu empat - empat dah tumbuh, tapi sebab dia berdekatan dengan tulang itu yang kacau ruang gigi ini unuk terus tumbuh. Saya diberi dua senario sama ada saya akan dapat cabut macam biasa atau kena pembedahan sebab gigi saya dekat sangat dengan tulang rahang itu. Tetapi doktor kata, dia akan usaha untuk cabut biasa, sekiranya gagal, terpaksa surgery.
Jumlah kos rawatan harini ubat + xtray adalah RM 130.00. Saya rasa dekat klinik kesihatan kerajaan sudah tentu lagi murah. Saya tak survey lah klinik lain sebab saya tengok dekat google ramai cakap harga klinik ini affordable sangat - sangat.
Selepas itu, kita makanlah roti canai dekat mamak berdekatan dengan Clinic VS Dental.
Apa yang saya belajar, saya rasa semua orang perlu dah start buat pemeriksaan gigi dekat klinik kerajaan sejurus selepas tamat persekolahan. Bukan apa, kalau tahu awal tak perlu terlalu rush mahu pergi ke klinik swasta. Saya kurang penyabar orangnya, itu yang pergi klinik swasta.
Apa pendapat kalian, lebih baik pergi swasta atau klinik kesihatan kerajaan?
Apa pendapat kalian, lebih baik pergi swasta atau klinik kesihatan kerajaan?
6 Ulasan
Dua-dua saya dah pernah rasa, so saya rasa kedua-duanya ada kelebihan sendiri. Kalau nak murah, pergilah klinik kerajaan. Kalau nak cepat, pergilah klinik swasta.
BalasPadamSelamat Hari Raya Aidil Fitri buat Nadia sekeluarga. Maaf zahir dan batin. Moga cepat sembuh sakit giginya.... aduhai!
BalasPadamKlinik swasta mahal, Nadia. Akak pernah cabut gigi geraham bongsu, RM900 dia charge. Pengsan. Dah ler pipi sampai bengkak. Sebab doktor kata, masa surgery, dia dah boleh nampak urat saraf. Siap pakej kebas-kebas di dagu sampai 6 bulan. Tapi nak buat camana, dah sakit, kan.
BalasPadamSemoga cepat sembuh sakitnya. Memang seksa kalau sakit gigi ni.
Kalau berkemampuan, pergi sahaja ke klinik swasta. Saya maitain ke klinik swasta. Betul, sangat penting melakukan pemeriksaan berkala gigi. Yang hilang bukan nak kembali dah tu aset penting tu.
BalasPadamSelamat Hari Raya Aidilfitri, Nadia! Gigi bongsu tu pun... time raya nilah dia nak raya gak ye. Semoga cepat sembuh, dik.
BalasPadambergantung kepada masa dan kewangan yang kita ada..
BalasPadamkalau sanggup menunggu (appointment after appointment), ambil cuti untuk ke klinik gigi boleh je ke klinik kerajaan
tp kalau sakit sangat,sejenis payah nak cuti (malas nak ambil cuti pun ye) kita ke swasta aja.
setakat ni ammi prefer swasta sbb cepat.
Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.