Berbuka Puasa dengan Shawarma Daging

Dari Ramadan pertama haritu ada jeling kedai Shawarma ini. Sebab dulu dekat Universiti Malaya (UM) selalu juga beli shawarma. Jadi bila nampak kedai shawarma itu rasa teringat pula shawarma dekat UM. Tidak pernah saya makan shawarma dekat tempat lain, jadi ini kali pertama nak mencuba.


Ini sahaja gambar yang sempat saya ambil. Waktu awal - awal beli ambil dari kedai shawarma itu. Saya termenung juga sebab "lepernya shawarma ini, selalu bulat". Terus dah macam "Ala tak sama rasa macam dekat UM ni".

Masuk sahaja waktu berbuka, Ada nampak sos - sos dah melimpah, lepas itu nampak isi dia tak sama pula macam UM. Sedih sikit (drama seorang perempuan). UM ada kentang dalam shawarma dan juga telur. Kentang goreng (fries) itu saya rasa menarik sangat. Kalau buat wrap sedap letak fries pun boleh nanti. Cuma selalunya shawarma guna wrap apa ya? (lama saya mencari)

Adakah Rasanya Sedap ?

Sedap! Walaupun ia tidak sama dengan shawarma dekat UM, tetapi sesuai sahaja dengan tekak melayu ini. Cuma saya rasa kalau dia tidak terlalu bersos lagi menarik. Sebab makan banyak sos ini saya agak muak sebenarnya. Kalau kering - kering sedikit baru lah rasa dia sempurna.

Lagi satu, kalau rangup wrap itu sedap kalau rangup (bakar lebih lama). Akan lagi enak kalau buat begitu.

Oh ya, walaupun saiznya nampak kecil, akan tetapi saya kenyang bila makan. haha. Memang rasa penuh perut. Nasib baik kenyang, kalau tidak sedih lah hati saya sebab kena fikir nak makan apa pula.

Adakah saya akan repeat ?

Saya akan repeat dengan special request iaitu "Kurangkan sos". Sebab saya memang tidak suka makan makanan beroti (burger, wrap, shawarma, roti john dan lain - lain) kalau sos melebih - lebih. 

***Rasanya  nanti ada kelapangan saya mungkin akan pergi UM hanya untuk membeli shawarma di kolej kediaman ke-7 atau kolej kediaman ke-12.

Ada tidak kedai yang jual shawarma yang anda semua suka??? 

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Saya pun kurang suka jenis sos berlebihan. Saya pun tak ingat pernah makan shawarma ke tidak. Lebih kurang kebab je kan.

    BalasPadam
  2. Samalah kita, saya pun tak suka kalau beli burger sos & mayo melimpah ruah sebab rasa burger tu tenggelam dengan rasa sos/mayo. Jarang makan makanan middle east yg bukan nasi jadi tak tau kat mana ada shawarma yg sedap tapi penah nampak video tiktok yg rekemen kiosk kat bukit bintang.

    BalasPadam
  3. Akak tak pernah makan shawarma, Nadia. Adik beradik kebab juga, kan. Kalau banyak inti daging atau ayam serta sayur, memang boleh kenyang. Akak sama macam Nadia, kurang suka sos banyak sangat.

    BalasPadam
  4. Shawarma saya kurang makan. Kalau nan, memang gemar sangat. dekat Denai Alam ada satu kedai nan cheese nama Kassim Baba Roti Tempayan.. cheesenya meleleh!

    BalasPadam
  5. shawarma ni kena orang arab yg buat baru jadi..
    org kita buat dia "melayunize" kan shawarma tu

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.