Ramadan ke-14: Ayam rempah masak kicap dan sup sayur

 Tak pernah -pernah buat Ramadan 1-13, tahu-tahu post dah Ramadan 14. Haha

Sempena hari sabtu yang indah dan santai, kita buatlah post yang mudah - mudah. Kebelakangan ni, saya rasa content blog makin berat dan kompleks. Jadi marilah rehatkan minda dengan post menu berbuka pada Ramadan ke-14.

Setiap kali weekend, saya akan balik rumah kakak, sebab mak dan abah pergi ke rumah lain. Dapatlah bantu kakak memasak menu berbuka dan sahur. Saya ni kategori pembantu dapur sahaja. Tukang potong mana yang perlu dan tukang basuh pinggan. Kerja kegemaran saya ialah membasuh pinggan hahaha. 

Simple sahaja menu sebab makan bertiga. Itupun ayam tak habis waktu berbuka tu, kena bawa ke sahur hahaha. Resepi jangan tanya ye. Sebab saya pembantu dapur yang mendengar arahan tanpa mengambil nota hahahaha. 


Rasanya sedap atau tidak? Mestilah sedap. Rasa rempah pun ada, rasa kicap pun ada dan rasa pedas pun ada. Saya rasa kalau ada sambal hijau ke, sambal gesek ke mesti sedap kan hehehe.

Okay itu sahaja menu kali ini.

Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. Ayam masak kicap kalau bubuh rempah memang sodap!

    BalasPadam
  2. menarik nya rupa ayam masak kicap dia hehehe

    BalasPadam
  3. Ada jugak ye orang yang suka basuh pinggan. hehe. Saya memasak okay, basuh pinggan periuk lepas siap semua dulu baru basuh. Sedap ayam kicap berempah. Nak-nak letak kerisik dan buah keras. Lemak2 masin manis semua ada..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha saya lah tu orang yang suka basuh pinggan. Basuh pinggan lagi best daripada memasak!!

      Padam
  4. Rajin anak dara sorang ni tolong kakak di dapur. Kipidap!
    Sedapnya ayam rempah kicap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahahah kembang lah orang cakap anak dara ini rajin HAHAHAH

      Padam
  5. Belum ada masak menu kicap lagi ramadan ni, kecuali telur kicap sahur hehehe.. nanti nak buatlah...

    BalasPadam
  6. saya suka lauk simple mcm ni. makan bertambah pun x sedar hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha bahaya tu kak anies. Nanti termakan banyak kita menyesal nanti

      Padam
  7. Sedapnya ayam masak kicap, sesuai sangat gabungan ayam kicap dengan sayur sup tu. Silap2 boleh menambah nasi jadi 2-3 pinggan.

    BalasPadam
  8. Ayam rempah masak kicap confirm sedap! Ada daun kari siap aroma membangkit selera. Bagus Nadia jadi pembantu yang mengikut arahan. Baguslah rajin menolong kat dapur, esok esok jadi chef pulak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul! Saya sebenarnya baru tahu kalau letak halia dia dah dikira rempah. Huishhhh. Betul daun kari tu yang akan buat masakan bauu sedap

      Padam
  9. makan gitu saja pun sedap ni. hehehe

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.