Late Night Thought: I'm tired

 


9/4/2022 10.57 p.m

Late Night Thought: Tidak dinafikan, walaupun keinginan saya tinggi hendak melihat kehidupan kawan - kawan saya (apa mereka buat hari ini, makan apa hari ini, tengok cerita apa hari ini). Kita semua tahu, kebanyakkan setiap manusia akan berkongsi perkara - perkara yang baik.Tidak perlu lihat pada orang lain, saya juga sendiri suka berkongsi perkara yang mengembirakan saya. Tidak kira lah dari segi makanan ke,  tempat menarik, kejaya dan sebagainya. Semuanya menarik. Tetapi sejak dua menjak ini, apabila saya melihat semua perkara ini, saya mempersoalkan diri untuk hidup macam mana saya melihat orang lain. Lama - lama saya mula rasa macam aturan hidup saya adalah salah. Sedangkan apa yang berlaku di muka bumi ini, ada perancang yang paling TERBAIK, Allah s.w.t

Saya mula rasa apa yang saya hadapi adalah sesuatu yang teruk. Sesuatu yang bahaya dan bukan sesuatu yang betul. Saya mula rasa hanya saya sahaja yang membuat kesilapan dalam dunia ini. Terlalu banyak betul benda negatif bermain dalam minda saya apabila mula memikirkan perjalanan hidup saya, atau apa yang berlaku dekat saya tidak sama seperti mana saya saya sering nampak.

Bila banyak sangat fikiran negatif, saya sedar saya patut kawal atau saya patut tahu bagaimana untuk saya tidak FOKUSKAN kepada perbezaan hingga melahirkan pelbagai rasa negatif.


Pada masa yang sama, saya tidak mahu menghilang dari insan - insan yang selalu sharing opinion, selalu berkongsi cerita dengan saya. Tapi pada masa yang sama saya mahu berehat daripada interaksi - interaksi yang kadang - kadang membuatkan minda saya bercelaru. Kadang - kadang saya rasa sayang nak berhenti berinteraksi, tapi pada masa yang sama saya perlukan waktu "detach".

Jadi untuk kali ini, saya ambil keputusan untuk take a break from social media (twitter, instagram dan tiktok). WhatsApp (kecuali untuk hal - hal yang penting)


Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. I couldn't understand your writing because there was no full translation.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Im so sorry about that. I put the picture of whatsapp that is why no full translation. However, thankyou for coming to my blog!

      Padam
  2. get well soon Nadia. Sometimes, we need to take five from those medsoc

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you kak. Betul sebenarnya kita memang perlukan take 5. Lagi - lagi kalau addiction into social media ini membunuh minda kita.

      Padam
  3. masa saya habis belajar diploma dulu saya siap delete whatsapp, terus kawan2 bising suruh buat whatsapp balik sebab katanya susah nak contact saya. haha

    ye kadang2 we need our space. saya sekarang pun dah jarang update apa2 dkt instagram sebab nak jauhkan diri dengan fikiran negative. alhamdulillah rasa mcm tenang je. yela, bila tengok orang lain post rasa mcm gatal tangan je nak post juga. haha

    tapi kadang ni juga bila nak start jauhkan diri dari social media, tapi malangnya kerja pun bidang marketing social media. nak taknak memang kena hadap :')

    BalasPadam
    Balasan
    1. Glad to hear sebenarnya take five from social media give positive impact to us. Betul lah tu kalau dah kerja dalam bidang digitam makerting memang kena hidup dengan social media!

      Padam
  4. Kadang-kadang perlu rehat.
    Jangan lama sangat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul! InsyaAllah kita take five tidak terlalu lama

      Padam
  5. mungkin sudah sampai masanya untuk kita beri perhatian terhadap diri sendiri. rehat dan carilah kegembiraan dan kembali semula dengan semangat baru

    BalasPadam
  6. Sama la. Akak pun pernah rasa macam tu juga, suatu waktu dahulu. Best tau, bila tak buka wasap, fb, IG, semua tu. Aman damai rasanya. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nadia setuju. Dah seminggu Nadia tak buka ig dan twitter, sunggun rasa sangat nyaman dan bahagia

      Padam
  7. Media sosial... walaupun orang cakap banyak baik dari buruk, tapi saya tetap meletakkan media social ke nombor 10 11 12 dan seterusnya mungkin untuk sumber maklumat utama saya. Media sosial kalau sharing ilmu pun sekadar di permukaan sahaja. Nak betul2 tahu kena baca buku berkaitan dan jumpa orang berkaitan.

    Bagi saya, media sosial banyak buat hati tak tenteram. Lagi2 bila kita membandingkan hidup kita dengan orang lain. Media sosial saya, saya share gambar dan buat lawak bodoh je banyak. Lain masa ada share pasal event2 macam travel ke, kenduri ke tanpa maklumat detail.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yaAllah betul. Dia jadi buruk bila kita banding banding kan hidup kita dengan orang lain. Sampai lupa untuk bersyukur dengan kehidupan dengan diri sendiri.

      Padam
  8. Jangan terlalu buat perbandingan dengan kehidupan orang lain. Dia akan jadi salah satu triggered untuk kita berfikir negative sebab hidup ni bukan perbandingan dan perlumbaan. Saya pun kurang aktif medsos. Sekali lalu je tengok medsos kadang. Kat blog jelah terlajak aktif. hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Buat perbandingan ini sebenarnya memang sakit sangat - sangat. Sedangkan yang kita perlu bandingkan diri kita yang semalam dan hari ini. Lihat sama ada peningkatan atau tidak

      Padam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.