Coconut Shake di Coco Loca

 Nak puasa air manis ini paling susah kan sebenarnya ? Tapi kita cuba lah mulakan dengan dua hari tanpa air manis, lepastu sehari tu dapatlah air manis. Nak buang ni memang susah. Kena take time. Bila buat macam ini memang proses nak amalkan gaya hidup sihat pun akan slow.


Waktu tengah test drive dekat bengkel kereta, tiba - tiba nampak ada coconut shake dekat area bengkel kereta. Lepas dah test drive, apa lagi kita pun ajak lah mak dan abah singgah coconut shake. Sebenarnya abah yang nak sebab kalau abah tanya "Nak coconut shake", itu maksudnya abah lah yang nak HAHAHAHAHA. Kita pun okay je sebab haritu yang pergi melaka ada niat gak nak pergi coconut shake, tapi panas sangat sampai rasa perlu balik rumah terus tanpa keluar daripada kereta.


Beli tiga, untuk mak dan abah beli coconut shake original. Manakala, saya punya ialah coconut shake smoothie. Dua dua sama sebenarnya cuma saya di blend dengan ais. 

Coconut shake original lebih manis berbanding coconut shake smoothie. Rasanya bagi saya sedap, jarang coconut shake tak sedap melainkan kalau orang yang buat tu dia tak letak kelapa yang betul. Untuk kedai ini, bagi saya amat memuaskan. Lepas itu, kita minum pula waktu musim panas, memang umphhhh enak gitu.

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Haritu beli air karta coocnut water, buat coocnt shake sendiri kat rumah..hehehe

    BalasPadam
  2. sedapnya..haritu gi bercuti ke Penang, try minum coconut shake ni..eh sedap rupanya..1st time try..

    BalasPadam
  3. Terbaca pulak entri ni waktu ni.. naya pak karim.

    BalasPadam
  4. Comellah sticker label coco loca tu. Tak dapat kat Melaka, dapat yang ni pun okaylah kan. Rasa pun tak mengecewakan.

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.