Cerita Minggu Lepas: Berbuka Puasa dengan Nasi Kandar Malaya

Tekak rasa teringin nak makan nasi kandar. Itu yang teringat kedai Nasi Kandar Malaya (Maaflah saya terlupa nak ambil lokasi tepat) yang saya jumpa waktu Ramadan 1. Jadi minggu lepas terus pergi ke sana. Nasib baik buka, sebab kadang - kadang kedai ini cuti. 


Seingat saya waktu sebelum bulan Ramadan pernah makan nasi kandar dari Nasi Kandar Malaya ini. Itu yang tak ragu - ragu pun nak beli Nasi Kandar Malaya ini. Portion pun berbaloi dengan harga. Tetapi terlalu banyak juga dengan saya sebenarnya.

Saya suka ayam masak madu. Rasa manis - manis bila makan. Jadi kita belilah Nasi Kandar Ayam Madu. Harapnya memang rasa sedaplah dekat tekak ini. Kali terakhir saya makan nasi kandar adalah dekat Penang. Takut juga kalau tiba - tiba tekak tak boleh terima sebab nasi kandar dekat Penang memang sedap dan menyelerakan.


Nasi kandar ini penyedapnya terletak pada kuahnya. Kalau ketiga - tiga kuah ini sedap maka sedaplah nasi kandar itu. Dari gambar pun boleh dapat agak kuah kari kedai ini agak tidak kaw kaw macam yang sepatutnya. Kecewa sedikit. Tetapi dah beli, saya makan sahaja.


Ayamnya besar betul. Saya tak mampu nak habiskan. Makan pun memang sedikit sahaja habis. Jadilah makanan sahur juga sebab tak habis - habis makan. Besar betul. 


Inilah hasil dekat pinggan saya. Macam biasa nasi memang saya dah amalkan makan sedikit atau sebesar penumbuk. Beli juga sayur bendi rebus sebab saya lupa yang nasi kandar ada sayur, ingatkan tiada sayur. Harapnya makan suku suku separuh ini dapatlah berkekalan.

Bagaimana Rasanya Nasi Kandar Malaya ini?

Saya rasa nasi kandar ini kurang menyengat. mungkin kerana kuah karinya tidak kaw seperti yang saya pernah rasa di Penang. Ayam madunya pula tidak terasa seperti Ayam madu sangat. Tak dapat nak rasa ada manis - manis itu. Mungkin saya sepatutnya beli ayam goreng lagi sedap.

Adakah saya akan repeat ?

Untuk tekak saya, saya tidak akan repeat sebab saya amat menyukai kalau nasi kandar, kuah karinya padu. Akan tetapi, nasi kandar dari kedai ini saya masih boleh makan.

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. alamak kita mmg kureng nasi kandar ni sbb x suka campur kuah yg byk2 jenis... klu dpt nasi beriani mmg pebret hehe

    BalasPadam
  2. Biasa macam tulah bila kita dah pernah makan yang lebih sedap kekdahnya kita akan kuciwa bila yang kita beli tu not up to our expectation.

    BalasPadam
  3. Setuju sangat. Kalau kuah sedap mesti best makan. Besar betul saiz ayam tu. Kalau saya pun tak habis makan. Kalau kurang kena dengan selera, for sure tak akan repeat.

    BalasPadam
  4. Nasi kandar di Penang memang tak de tandingan kat mana2 hehe.

    BalasPadam
  5. kalau dah begitu komennya takyahlah ammi sibuk mencari lokasinya.
    sbb ammi queen of kari...kalau dah kari tak kaw hmmmmm

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.