Terubat Rindu pada Rotiboy

 Waktu belajar sem last ada pergi Mid Valley sebab nak cari Rotiboy, tapi tahu - tahu dah permanently closed dah Rotiboy tu. Kecewa sangat - sangat sebab Rotiboy ini sejenis roti yang memang akan sentiasa enak!


Ikut mak dan abah pergi Lotus nak beli barang dapur, sekali nampak eh eh ada Rotiboy. Terus berbunga bunga dalam hati sambil cakap balik kejap lagi singgah lah. Dah bertahun - tahun sangat ni tak makan Rotiboy. 

Sebab mak puasa dan abah pun sejenis tak layan roti macam ini. Kita beli lah untuk kita. Satu rotiboy biasa dan juga chicken curry puff. Nak try perisa lain. Tapi sebab rindu sangat jadi kita fokus pada perisa original sahaja. Esok lusa boleh singgah lagi kalau terliur nak try yang lain (dah dekat dah pun)



Rasa dia masih sama seperti yang dirindu - rindukan. Rasa butter coffee dia tu memang masuk dalam aroma sehingga rasa menyesal beli satu sahaja (beli satu sebab sedar diri tengah kawal portion makanan jadi tak boleh tamak). Kalau beli tiga ini memang direct terus makan terus juga kot, tak pasal pasal misi nak turunkan berat badan ke-laut.


Curry Puff dia pun ala ala comel sahaja. Beli curry puff ni pun sebenarnya rasa rindu dekat karipap ikea tu. Nampak yang ini pun kita anggap macam boleh lah ubatkan rindu sikit. Walaupun sebenarnya tak sama langsung dan jauh beza sangat haha. Saya suka rasa lemak lemak puff tu (Tak tahu lah betul ke tak saya describe ni). Jadi tak menyesal beli.


Inti dalam currypuff ini sebenarnya dia agak macam tidak kelihatan. Tapi setiap kali gigit saya tetap rasa intinya. Magic mungkin. Tapi nampak tak roti dia cam enak jeee tu.

Anda semua dah rasa ke semua perisa rotiboy??


Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Teringat kenangan masa ambil kursus animasi di Darul Digital di KB Mall sepulu tahun lepas. Rotiboy la antara makanan tengahari pantas KA dan adik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kann, Roti dia pun sebenarnya cukup nak buat alas perut

      Padam
  2. Sedap kan roti boy coffee tu. Sesekali dapat memang enak dimakan. Feel betul. Belum pernah cuba lagi currypuff tu. So far tak pernah beli roti lain selain yang biasa. Tambah lagi jarang ke rotiboy, jadi tak berapa tahu perkembangan menu terkini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye SEDAP! Ada baca review orang kata roti coffee je paling sedap, yang lain so - so

      Padam
  3. Terus rasa teringin nak makan rotiboy! Lamanya tak makan roti sedap nih...

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.