Ice Caramel Latte by Dunkin' Donuts

 Baru - baru ini, coffee by Dunkin' Donuts tiba - tiba popular. Ramai yang kata sedap dan harga lebih murah berbanding kedai coffee yang lain. 

Saya sendiri akhirnya jatuh cinta untuk mencuba coffee Dunkin' Donuts selepas tengok viral dekat twitter. 

Inilah satu - satunya gambar yang saya sempat ambil sebab lepastu saya terus memandu balik ke rumah. Sampai dekat rumah kecantikkan sebuah kopi itu sudah tenggelam dek kerana cair. 

Mood saya terlalu happy barangkali hari ini, jadi rasa nak benda manis - manis je. Jadi saya berhasrat beli lah Ice Caramel Latte. Dah nampak dua kali Dunkin' Donuts ini memang petanda suruh saya order. Sebab pada asalnya saya rasa taknak sebab tidak mahu membazir (haha). Tapi dah nampak lelbih dua kali maksudnya memang kena beli. Haha

Kopinya rasa manis. Bagi yang tidak suka manis, saya boleh katakan Ice Caramel Latte ni memang manis. Kalau mood memang nak benda manis, boleh lah beli sekali sekala kan.

Harganya pun murah. Yang saya beli ini saya medium RM 12.80.  Saiz medium pun bagi saya dah besar dan memuaskan untuk minum sorang - sorang. Kalau nak kongsi beli saiz besar okay. 

Adakah Saya akan Beli Lagi? 

Sudah pasti! Rasanya coffee dari Dunkin' Donuts menjadi kegemaran saya!!


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Friday post :) thanks for your sharing...

    BalasPadam
  2. Kalau begitu, kena jugak try macam ni. Kena order saiz besar. Tapi kadang saiz besar pun tak besar sangat. Hehe...
    Kalau manis boleh diterima okaylah. Kalau manis sangat untuk tekak sendiri, mungkin one time tu jelah beli. Tak perasan pulak coffee bu Dunki' Donuts ni popular.

    BalasPadam
  3. boleh dicuba ni.. dari sehari ke sehari ammi nak order breakfast set tapi kat grab tak offer pun dunkin donut kat area office ammi...sob sob..

    btw..
    ammi ada tag awak kat blog ammi

    https://www.sheilaarshad.com/2022/03/giveaway-wang-tunai-rm500-mamapipie.html

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.