Trip 2 Days 1 Night | Mudahnya Dengan Airbnb untuk Staycation! | Tempah Staycation Dekat SkySuite KLCC dengan Mudah

 

Sebelum masing  - masing membawa haluan masing - masing. Kami mengambil keputusan untuk "play tourist" dekat area Kuala Lumpur. Rumah sewa dekat Kuala Lumpur, belajar pun dekat Kuala Lumpur (Universiti Malaya). Tetapi sepanjang belajar tidak menyempat pun kami nak berjalan bersungguh - sungguh sebab tertekan dengan pembelajaran. Terlalu banyak timbunan kerja yang perlu disiapkan. Teralu banyak deadline yang perlu dikejar. Jadi tidak menyempat untuk merantau Kuala Lumpur ini.

Walaupun rumah sewa dah dekat Kuala Lumpur. Kami tetap bertegas nak tidur dekat tempat lain sebab dekat rumah ini layout dia tak nampak bercuti. Nampak belajar. Nak lari dari pemandangan belajar, kami decide untuk staycation dekat SkySuite KLCC! 


Macam ini lah pintu gerbang Sky Suite KLCC tu. Kalau ikutkan view dari bangunan Sky Suite ini sebenarnya cantik, tapi yang kami punya itu tak cukup tinggi setakat 19 tingkat. Tak dapat lah nak rasa pemandangan KLCC cantik cantik tu. Boleh tengok sini -> Sky Suites KLCC 360 (skysuites-klcc.com).

Sekarang ini amat mudah dengan ada Airbnb, senang sahaja nak cari banyak - banyak tempat yang kita nak, lepastu filter harga semua. Semua sekarang dah hujung jari je.

Tinggal dekat SkySuite@KLCC ini sangat selesa. Kita orang rasa selesa sahaja. Meja makan pun ada enam kerusi, sesuai lah untuk kami semua makan - makan dekat atas meja tu. Aircond sejuk. Bersih. Mandi pun air laju. So memang puas dan berbaloi.

Harga pun berbaloi la untuk enam orang. Sorang keluarkan RM 46.33 termasuk parking sehari. Sesuai sangat untuk kami yang student belum kerja ini. Duit - duit lebih kumpul sebab nak pergi have fun boleh lah guna. 

Parking pun tak jauh, dekat sahaja. Nak drop barang pun guard dekat sini tiada issue atau leceh sangat ke apa ke. Mereka sangat memudahkan urusan kita. Jadi tidaklah kami kelam kabut ke apa. Kalau ada yang berminat nak bercuti area KL ini, boleh lah cari sahaja "Skysuite KLCC" dekat Airbnb, nanti akan keluar banyak pilihan !


 

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Luas suite ni sesuailah untuk trip grouping macam nadia dan kawan kawan. Okaylah dengan harga sorang sorang bayar sikit. Terus google, kalau dapat bilik view KLCC mesti lagi best.

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.