Ice Salted Caramel Mocha by Costa Coffee

 

Dah lama perhatikan costa coffee dekat shell depan rumah ini. Alang - alang rasa senang hati, saya pun singgah dulu dan beli. Hasrat dekat hati dalam kepala sebelum tengok menu nak beli Ice Mocha. Sekali tengok menu ada yang nampak lagi menarik iaitu Ice Salted Caramel Mocha #CostaCoffee. 

Apa lagi, terus order yang itu. Abang shell perhatikan sahaja cara kita nak beli, siap pesan awal - awal "Jangan letak ais batu lebih - lebih nanti tumpah". Siap cakap okay dah dah stop. Haha. Nampak sangat ramai orang yang beli buat kes mellimpah - limpah sampai abang shell ghisauuu. 

Saya akan cakap air ni adalah favourite saya. Harga pun affordable dengan rasa yang sangat sedap iaitu RM 12.50. Tapi affordable affordable pun, kalau gaji masyuk boleh lah buat beli hari - hari. Ada duit lebih tak salah membeli. Kita kena tahu ukur baju sendiri. 

Jadi duta Costa Coffee

Bagaimana Rasanya?

Saya suka. Tidak terlalu pahit tidak terlalu manis. Boleh ditelan. Dan yang paling penting masih rasa coffee dia. Tidaklah begitu kuat seperti coffee coffee americano ke. Tapi masih ada rasa coffee. 

Adakah Saya akan beli sekali lagi?

Sudah pasti! Costa coffee boleh jadi my must month buy tau. Sebab harganya yang murah dah berbaloi. Lepastu rasa dia pun tak mengecewakan :(.

Btw, siapa ada tiktok jom kita follow each other buat kawan. Boleh tengok saya minum costa coffee di tiktok -> https://vt.tiktok.com/ZSevUhJ8y/


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Costa Coffee sedap! Memang akan buat kita rasa nak repeat membeli. Pertama kali beli blur camne nak buat entah. Hahaha...
    Agaknya tu yang banyak berlaku macam tu melimpah..tapi tak pernah lah jadi camtu..

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.