Trip 2 Days 1 Night | KL City of Lights Tour

 Trip kami diteruskan dengan "play tourist at Kuala Lumpur". Belajar punya lama dekat Kuala Lumpur, tapi tak pernah betul - betul ronda satu Kuala Lumpur ini. Skop kami hanya dekat Universiti Malaya. 

Disebabkan kami tidak mahu tertekan dengan isu parking dekat Kuala Lumpur. Petang - petang tu kami dah start berjalan ke stesen Bukit Nanas untuk naik monorel pergi ke Sungei Wang Plaza. Dah lama tak berjalan kaki ini sebenarnya teruja juga dapat berjalan kaki. Nasib baik dah selalu morning walk tidaklah rasa penat sangat. Jalan pun boleh jalan santai santai gitu. 

Kuala Lumpur ini sebenarnya cantik dekat tengah - tengah bandar. Dapat lihat beberapa bangunan yang ada seninya sendiri. Bangunan tinggi - tinggi. Kalau boleh setiap bangunan tu kita nak singgah masuk. Nak tengok nak nikmati gitu.

Kalau naik bas ini, paling best memang kalau dapat duduk dekat atas lah. Dapat rasa angin - angin yang lalu. Kalau tengah putus cinta pun menarik juga. Pasang lagu sedih - sedih, lepastu... termenung selama dua jam. 

Ticket berharga RM 35.00 dan bas ini akan pusing satu KL selama dua jam. Akan bawa kita ke beberapa tempat yang menarik seperti Dataran Merdeka, Pasar Seni, Istana Kuala Lumpur, Menara Kuala Lumpur, KLCC dan sebagainya.


 

Ini pemandangan waktu malam - malam. Kalau kamera power, mungkin lagi lawa. Struggle juga nak tangkap dari dalam bas dengan cuaknya takut phone jatuh. 

Cantik kan KLCC ini? Dulu saya ingat lagi waktu pertama kali saya jejak dekat sini adalah lawatan waktu sekolah menengah. Mahal - mahal betul barang dalam tu. Tapi itulah pengalaman paling best. Sekarang ini kalau lalu sini, niat nak ambil gambar je. Takdenya nak shopping dalam tu. 

Petaling Street gambar time malam - malam memang nampak cantik. Saya tak pernah lagi masuk sini. Mungkin one day.  Macam best kalau date dekat sini (haha).

Akhir sekali macam biasa, selfie beramai - ramai.

Saya akan merindui housemates + coursemates saya sangat - sangat. Banyak benda kami lalui sama - sama. Ada banyak pahit manis semuanya kita telan. <3

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. alahai bestnya lama tak lepak area sini

    BalasPadam
  2. walaupun saya ni dah banyak kali ulang alik KL-Klang, tapi sebenarnya KL ni banyak tempat boleh explore. kalau 1 hari memang tak cukup la. haha, tapi dkt petaling street ni banyak cafe2 best. lepastu hati2 la lalu dekat lorong2 gelap tu, sebab saya pernah lalu sekali terserempak dengan cik T 😂

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, kl ini banyak tempat kita boleh explore. Alamak haha seram tu. Teringin nak jalan sini cari bunga ke apa

      Padam
  3. Teringin betul nak naik bas KL hop on hop off tu. Berbaloi jugalah naik bas pusing pusing 2 jam. Seronok jugak jalan jalan KL waktu malam. Menikmati view malam lampu lampu. Cantik ambil gambar dari bawah KLCC. Kalau saya pergi jalan petaling tu cari fresh flower je lah tahu. hehehee...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa lagi kak fiza dating dengan suami dekat sini hehe. Wah fresh flower menarik lah beli kat diri sendiri

      Padam
  4. tempat2 mama rajin melepak dulu semuanya menggamit kenangan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uwaaaah mama dulu dulu lepak sini rupanya hehe

      Padam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.